Wednesday, June 29, 2016

UNIONPAY HCE QUICKPASS MUDAH ALIH BUAT KEMUNCULAN PERTAMA KALI DI LUAR NEGARA DI KOREA SELATAN

SHANGHAI, China, 28 Jun, 2016 /Xinhua-AsiaNet/-- 
Pada 27 Jun, UnionPay International dan KT Corporation bersama-sama dengan anak syarikatnya BCcard membuat pengumuman bersama untuk melancarkan UnionPay HCE QuickPass Mudah Alih di Korea Selatan, yang akan membolehkan pemegang kad UnionPay tempatan untuk membayar dengan mengetik telefon bimbit mereka. Korea Selatan menjadi pasaran luar negara yang pertama yang melancarkan QuickPass mudah alih. Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay, Hwang Chang-Gyu, Ketua Pegawai Eksekutif KT Corporation, dan Suh Joon-Hee, Ketua Pegawai Eksekutif BCcard menghadiri majlis pelancaran tersebut.

QuickPass Mudah Alih adalah penyelesaian pembayaran mudah alih yang baharu oleh UnionPay. Ia menyokong kedua-dua pembayaran tanpa sentuh luar talian dan pembayaran dalam talian. Ia merangkumi pelbagai produk pembayaran mudah alih, termasuk HCE, Apple Pay dan Sumsang Pay. Ia adalah lebih selamat daripada produk pembayaran mudah alih yang lain, kerana ia memberikan jaminan keselamatan berganda termasuk kata laluan dinamik dan tanda pembayaran. Nombor kad bank sebenar tidak dipaparkan semasa membuat pembayaran dan maklumat urus niaga disimpan dengan baik dalam rangkaian pengeluar kad dan UnionPay.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9093

No comments:

Post a Comment