Thursday, June 16, 2016

CDC, PUSPANITA ERAT UKHWAH DENGAN LAWATAN AMAL

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) bersama PUSPANITA Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia telah menggerakkan lawatan amal ke Pusat Penjagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah Khadijah, Sungai Ramal Dalam, Kajang pada awal bulan ini.
Menurut kenyataan CDC hari ini, lawatan tersebut bertujuan mengeratkan ukhwah dengan masyarakat luar dan menyemai rasa penghargaan kepada warga emas serta sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat menjelang Ramadan.
Institusi di bawah penyeliaan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dipilih sebagai lokasi lawatan amal kerana turut menitikberatkan aspek pendidikan patuh syariah yang khusus untuk warga emas selain bertindak sebagai pusat jagaan.
Sempena lawatan amal, aktiviti beramah mesra serta sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan asas, peti beku dan cenderahati turut disampaikan oleh pihak CDC dan PUSPANITA Perbendaharaan.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Perbendaharaan, Datin Seri Omi Habibah Shariff.
–BERNAMA

No comments:

Post a Comment