Wednesday, June 29, 2016

TROPICANA BEKERJASAMA DENGAN KUMPULAN PANASONIC UNTUK MEMBINA RUMAH EKOLOGI BERINOVATIF

PETALING JAYA, Malaysia, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berpegang teguh kepada misinya untuk membina sebuah komuniti yang mampan dan berdaya maju, pemaju hartanah Tropicana Corporation Berhad ("Tropicana") telah menjalin satu kerjasama strategik dengan PanaHome Malaysia Sdn Bhd ("PanaHome Malaysia"), sebuah anak syarikat tempatan milik PanaHome Corporation yang berpangkalan di Jepun, untuk membina 272 buah rumah berkembar ekologi berinovatif di bandar terbarunya, Tropicana Aman. Pelancaran Cheria Residences, fasa ketiga bagi presint kediaman di Tropicana Aman yang berkeluasan 863 ekar menandakan kerjasama pertama di antara kedua-dua buah syarikat.

Diperbadankan pada tahun 1979, Tropicana adalah perintis bagi pembangunan bertemakan pusat peranginan, dengan lebih 42 projek disiapkan dan 16 pembangunan sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963, PanaHome telah membina sejumlah kira-kira 470,000 rumah kediaman di Jepun sepanjang 50 tahun yang lalu. Cheria Residences adalah ilham oleh kedua-dua syarikat, yang merangkumi reka bentuk dan konsep yang berinovatif yang dilengkapi dengan teknologi pembinaan pintar Jepun yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9097

No comments:

Post a Comment