Friday, June 3, 2016

TV SLING DAN DISH UMUMKAN PERJANJIAN PENTING DENGAN ZEE

ENGLEWOOD, Colo., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sling TV dan DISH hari ini mengumumkan satu perjanjian pembaharuan jangka panjang dengan Asia TV USA, Ltd., sebahagian daripada kumpulan "Zee" dari India dan sebuah pembekal terkemuka bagi program Asia Selatan. Selain memperbaharui 10 saluran Zee yang berjenama yang telah ditawarkan pada Sling TV dan DISH, perjanjian baharu itu termasuk penambahan 27 saluran baharu Zee seperti &TV, Living Foodz, Zee Bangla, Zee Tamizh dan Zee Cinema HD.
 
Siaran Berita Smart ini menampilkan ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20160602006461/en/
 
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Sling TV dan DISH akan menjadi penyedia eksklusif di Amerika Syarikat bagi perpustakaan atas permintaan premium Zee, yang termasuk filem dan lebih 400 tajuk video tambahan yang popular. Dari semasa ke semasa, Sling TV akan menjadi penyedia over-the-top(OTT) eksklusif di Amerika Syarikat bagi semua kecuali satu saluran Asia Selatan Zee. Pada bulan-bulan akan datang, Zee akan mengalihkan penonton daripada perkhidmatan terus ke pengguna mereka kepada Sling TV atau kepada akses yang disahkan sahaja.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9036

No comments:

Post a Comment