Thursday, June 2, 2016

EKSPO BEIJING AKAN MENJADI SATU LAGI KEJAYAAN BAGI EKSPO HORTIKULTUR ANTARABANGSA BERTARAF A1 -- PENGENALAN DAN PROMOSI BAGI EKSPO HORTIKULTUR ANTARABANGSA BEIJING 2019 PADA EKSPO ANTALYA


ANTALYA, Turki, 30 Mei (Bernama) --  
Pada Hari Pavilion Kebangsaan China di Ekspo Hortikultur Antarabangsa Turki – Antalya 2016, 27 Mei 2016, kempen pengenalan dan promosi untuk Ekspo Beijing 2019 di pavilion kebangsaan China – Taman Huayuan China telah menarik banyak perhatian. Pada tengah hari 27 Mei waktu tempatan, seorang pakar ikebana China Li Haibo, telah mencipta dua karya seni dengan menggunakan buluh dan bunga yang berlatarbelakangkan taman-taman klasik Suzhou, yang menarik perhatian orang ramai. Daripada dua karya seni itu, satu daripadanya diberi nama Tu Po (yang bermaksud Kejayaan), yang juga selaras dengan tema Kehidupan Ekologi dan Keindahan Tanah Air bagi Ekspo Beijing; satu lagi diberi nama He Xie (yang bermaksud Harmoni), yang menunjukkan kerjasama dan penyelarasan pembangunan bagi China dan Turki. Persembahan dalam sebuah teater kecil juga menonjolkan kempen itu. Lagu-lagu rakyat China yang terkenal, seperti Sand of Silk-Washing Stream (Huan Xisha), Along the Silkroad (Silu Huayu) dan Bunga Jasmine, yang dimainkan oleh orkestra terkenal muzik rakyat, Crystal, membolehkan orang ramai untuk menikmati keindahan klasik di Taman Huayuan. Di samping itu Kumpulan Akrobatik Gold Lion juga mempesonakan penonton dengan aksi persembahan sempurna mereka - Qiao Huadan. Sepanjang tempoh kempen itu, pegawai-pegawai dari Biro Penyelarasan Ekspo Beijing telah melawat 51 pavilion bagi negara-negara peserta untuk memulakan pengambilan dan promosi.
Persiapan bagi Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing berjalan lancar dan teratur, demikian menurut Pengarah Biro Penyelarasan. Beijing mempunyai keyakinan untuk menjadikan Ekspo 2019 itu satu kejayaan besar yang bukan sahaja unik, tetapi juga indah dan tidak dapat dilupakan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9023

No comments:

Post a Comment