Wednesday, June 1, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMPAMERKAN "NOH," BENTUK DRAMATIK TERTUA DI DUNIA, DENGAN KERJASAMA NATIONAL NOH THEATRE

TOKYO, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas berhubung bentuk dramatik tertua di dunia "Noh" dari 1 Jun hingga 29 Jun, 2016, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-45 operasi hotel kami. Sejumlah topeng dan kostum yang sangat berharga yang digunakan dalam "Noh" dan barangan seni yang berkaitan akan disediakan oleh National Noh Theatre untuk dipertontonkan kepada pengunjung secara percuma. Dan pada 16 Jun, bintang terkenal Noh Yoshimasa Kanze akan melakonkan satu petikan drama Noh bertajuk "Atsumori" dengan diiringi oleh komentar khas. Bersama-sama dengan persembahan itu, jamuan tengah hari yang disediakan khas oleh chef eksekutif kami akan juga dihidangkan. Di samping itu, demonstrasi Noh secara percuma akan diadakan di lobi utama hotel kami pada 22 dan 23 Jun.
 
Seni simbolik klasik bagi drama "Noh" telah dipersembahkan di Jepun selama lebih 600 tahun. Pergerakan dan lakonan yang sangat halus dalam Noh telah mempengaruhi pelbagai seni dan telah didaftarkan sebagai satu Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO pada tahun 2008. Pameran khas ini akan diadakan bukan sahaja untuk memperingati ulang tahun ke-45 operasi Keio Plaza Hotel, tetapi juga untuk menghiburkan tetamu yang melawat dari lebih 100 buah negara yang berlainan dengan menyediakan kepada mereka imbasan satu daripada bentuk seni yang sangat unik di Jepun.


No comments:

Post a Comment