Tuesday, June 14, 2016

GFM SASAR HASIL RM500 JUTA MENJELANG 2020 DENGAN PENYELESAIAN BAHARU



KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Global Facilities Management Sdn Bhd (GFM)
menyasarkan hasil antara RM300 juta dan RM500 juta menjelang 2020 dengan
penyelesaian baharunya, SAP S/4HANA Enterprise Management.

    GFM, yang hasilnya berjumlah RM70 juta pada Disember 2015, menawarkan kepada pemilik aset penyelesaian bersepadu dalam pengurusan semua tugas tradisionalnya berkaitan dengan memudahkan perkhidmatan dan menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada penghuni dan pemilik bangunan untuk menyokong keperluan perniagaan mereka. 

    Pengarah Eksekutifnya, Zainal Amir, berkata penyelesaian itu, yang
dibangunkan secara kerjasama dengan penyedia perisian, SAP (M) Sdn Bhd, dan
penyedia penyelesaian, NEC Corp (M) Sdn Bhd, akan meningkatkan data dan
ketepatan maklumat, mengurangkan pertindihan tugas dan mengurangkan kesilapan dalam operasi manual.

    "Bersama dengan penjenamaan SAP dan reputasi NEC, kami percaya keyakinan pelanggan kami akan meningkat dan kami dapat menggerakkan perniagaan kami ke tahap seterusnya dan menyelaraskan peruntukan dan pengurusan sumber," katanya pada taklimat media, di sini, hari ini.

    SAP S/4HANA Enterprise Management menangani fungsi-fungsi selain kewangan, kebanyakannya dalam pengurusan inventori dan perancangan pengeluaran dan system bersepadu penuh bagi tadbir urus dan pematuhan.

    Zainal berkata SAP menyediakan perisian manakala NEC, yang mempunyai
kepakaran, akan melaksanakan penyelesaian baharu bagi GFM.

    Dengan pelaburan sebanyak RM2 million, SAP S/4HANA Enterprise Management akan digunakan sepenuhnya dalam masa enam bulan daripada sekarang dan menggantikan semua sistem dan penyelesaian legasi berbeza GFM sebelum ini. 

    "Kami berharap untuk mendapat kembali pulangan pelaburan kurang daripada lima tahun kerana penyelesaian baharu itu mempunyai kawalan lebih baik dari segi kos berbanding penyelesaian sebelumnya.

    "Ini akan membolehkan kami memperoleh objektif transformasi digital kami bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih kompleks dengan kepantasan untuk bertindak balas dengan lebih cepat dan tepat kerana data telah tersedia," katanya.
   
    -- BERNAMA


No comments:

Post a Comment