Thursday, June 2, 2016

Michael Kors Peroleh Pemegang Lesen Greater China

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Pereka aksesori mewah dan pakaian sedia dipakai terkenal dunia, Michael Kors, memuktamadkan pengambilalihan Michael Kors (HK) Ltd, pemegang lesen eksklusif syarikat itu di China dan beberapa negara lain di Asia pada Selasa dengan kos US$500 juta secara tunai, tertakluk kepada peralasan tertentu.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata pembelian tersebut telah diluluskan oleh ahli-ahli bebas dalam lembaga pengarahnya, atas syor sebuah jawatankuasa khas.

"Kami telah bekerja bersungguh-sungguh sejak beberapa tahun yang lalu, dengan rakan kongsi berlesen kami di rantau ini untuk membina prasarana, mewujudkan jenama dan meluaskankan penerimaan Michael Kors di pasaran China.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment