Thursday, November 2, 2023

WEMADE MENGEMAS KINI SISTEM PERTUMBUHAN BAHARU 'ORB JIWA AJAIB' UNTUK MIR4

 



  • Sebanyak 5 item yang dapat meningkatkan statistik dan kemahiran pertempuran watak boleh dilengkapi selepas watak mencapai tahap 123
  • Statistik tambahan selepas Orb Jiwa Ajaib mencapai tahap 3, 6 dan 9 serta kemahiran unik untuk dipelajari selepas orb mencapai tahap maksimum 12
  • Acara yang membolehkan "Gula-Gula Labu" daripada pemburuan ditukar untuk "Kotak Hadiah Kejutan Naga Kuning" akan berlangsung


SEOUL, Korea Selatan, 2 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wemade telah mengemas kini kandungan pertumbuhan baharu "Orb Jiwa Ajaib" untuk MMORPG blokbuster Wemade, iaitu MIR4 pada 31 Oktober.

Orb Jiwa Ajaib merupakan item yang dapat meningkatkan statistik dan kemahiran pertempuran watak. Sebanyak 5 Orb Jiwa Ajaib dapat dilengkapi mengikut urutan apabila watak mencapai tahap 123, 133, 143, 153, dan 163.

Pengguna boleh menggunakan bahan pertumbuhan eksklusif atau Batu Roh Epik dan Orb Jiwa Ajaib Epik untuk meningkatkan tahap Orb Jiwa Ajaib. Selepas mencapai statistik Orb Jiwa Ajaib tahap 3, 6 dan 9 seperti pertahanan fizikal dan galakan kerosakan serangan akan diperoleh secara rawak. Para pengguna juga boleh menukarkan statistik ini kepada statistik yang mereka ingini dengan "Skrol Jampi Orb Jiwa Ajaib" dan sumber. Selepas mencapai tahap maksimum 12, kemahiran Orb Jiwa Ajaib yang unik seperti serangan fizikal dan pemulihan MP akan digunakan.

Acara "Kedai Pertukaran Gula-Gula Labu Orang Tua-Tua Han" akan diadakan dari 31 Oktober hingga 13 November. Pengguna boleh membawa item "Gula-Gula Labu" yang diperoleh daripada pemburuan raksasa kepada Watak Bukan Pemain (NPC) Orang Tua-Tua Han Seram sebagai pertukaran untuk mendapatkan "Batu Peningkatan Naga Kudus Legenda" dan "Kotak Hadiah Perayaan Naga Kuning" yang mengandungi pelbagai tiket penyeruan. Acara "Daftar Masuk 7 Hari Orang Tua-Tua Han" yang diadakan pada waktu yang sama akan turut menghadiahkan item seperti "Kotak Bahan Promosi Legenda."

Selain itu, "Kedai Syiling Kuno Acara" juga akan dibuka hingga 14 November. Pengguna boleh membeli item seperti "Arca Naga Biru Legenda" dan "Kotak Peningkatan Perlembagaan Legenda" dengan menggunakan syiling kuno yang diperoleh daripada Portal dan Penyerangan.

Daripada Perjuanganku, Kepada Peperangan Kita! Maklumat terperinci tentang MIR4 boleh didapati di laman web rasmi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53712534/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Jennifer Jung, Pengurus PR
jennifer@wemade.com

Sumber: Wemade Co., Ltd.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17614

No comments:

Post a Comment