Wednesday, November 15, 2023

PHC CORPORATION MENGUMUMKAN BAHAWA ANAK SYARIKAT KELENGKAPAN SAINS HAYAT BERPANGKALAN DI INDONESIA YANG DITUBUHKAN PADA BULAN MAC OLEH PHC GROUP AKAN MEMULAKAN OPERASI BERSKALA PENUH

 - PT PHC Sales Indonesia akan menyokong pengembangan perniagaan kelengkapan sains hayat PHCbi di Asia Tenggara -

TOKYO, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bahagian Bioperubatan PHC Corporation (ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo, Presiden: Nobuaki Nakamura, selepas ini dikenali sebagai Bahagian Bioperubatan), pembekal produk berjenama PHCbi termasuk penyejuk beku bersuhu ultra-rendah dan inkubator CO2, pada hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat baharu di Indonesia ditubuhkan pada bulan Mac untuk jualan dan khidmat penyelenggaraan kelengkapan termasuk bidang sains hayat telah mula menjalankan aktiviti perniagaan hari ini, selepas menyempurnakan keperluan berkaitan seperti mendapatkan lesen pengedaran bagi peranti perubatan. Syarikat tersebut, iaitu PT PHC Sales Indonesia (selepas ini dikenali sebagai PHCSI), anak syarikat SciMed (Asia) Pte Ltd (ibu pejabat: Singapura, selepas ini dikenali sebagai SciMed) yang seterusnya dimiliki sepenuhnya oleh PHC Holdings Corporation (selepas ini dikenali sebagai PHCHD), akan memperkukuh asas dan memudahkan pertumbuhan perniagaan sains hayat Bahagian Bioperubatan di Indonesia.

Pasaran kelengkapan sains hayat untuk rantau Asia Pasifik bersedia untuk pertumbuhan yang kukuh, mencerminkan peningkatan dalam pelaburan R&D bagi biofarmaseutikal dan pertumbuhan dalam institusi perubatan baharu. Terutamanya di Indonesia, apabila sistem insurans kesihatan negara menyokong bilangan penduduk keempat terbesar di dunia iaitu kira-kira 279 Juta, pertumbuhan pasaran yang tinggi diramalkan untuk masa akan datang berikutan peningkatan penyakit berkaitan gaya hidup seperti diabetes dan kanser, serta permintaan pengguna untuk perkhidmatan perubatan yang lebih baik.

Bahagian Bioperubatan, melalui rakan anak syarikat PHCHD iaitu SciMed di Singapura, sudah mula menjalankan jualan dan perkhidmatan untuk kelengkapan sains hayat di Asia Tenggara, India dan Oseania. PT PHC Indonesia (selepas ini dikenali sebagai PHCI), anak syarikat pembuatan PHHCD, juga beroperasi di rantau ini sebagai pangkalan pembuatan sekunder selepas Jepun memberikan respons kepada permintaan global untuk produk berkualiti tinggi seperti penyejuk beku bioperubatan, peti sejuk farmaseutikal dan inkubator CO2

No comments:

Post a Comment