Wednesday, November 15, 2023

BEYOND2020 MENAMBAH BAIK AKSES KEPADA AIR BERSIH UNTUK 10,000 RAKYAT MALAYSIA DI LUAR BANDAR

 


• Pancuran air mampan di 25 komuniti luar bandar Malaysia menyediakan air bersih, selamat, mengurangkan penyakit bawaan air


ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beyond2020, inisiatif kemanusiaan yang dipacu oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah memasang penapis air di 25 komuniti di wilayah Sabah dan Sarawak, Malaysia, menyediakan air minuman bersih kepada 10,000 penduduk.

Beyond2020 dilancarkan oleh Hadiah Kelestarian Zayed pada tahun 2019 dengan kerjasama beberapa organisasi terkemuka bertujuan memajukan legasi kemanusiaan Bapa Pengasas UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, dengan menyediakan teknologi dan penyelesaian mampan kepada komuniti yang rentan di seluruh dunia. Malaysia menandakan penempatan ke-17 bagi inisiatif ini, yang akan terus menawarkan campur tangan bagi mengubah kehidupan kepada bilangan penerima yang lebih luas di seluruh dunia, menyediakan teknologi untuk kebaikan dan memupuk pembangunan terangkum dan mampan.

Mengulas mengenai pemasangan di Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Lanjutan UAE, Ketua Pengarah Hadiah Kelestarian Zayed dan Presiden COP28 yang Dilantik, berkata, “Projek Beyond2020 terkini di Malaysia mencerminkan komitmen UAE terhadap faham kemanusiaan dan pembangunan mampan antarabangsa. Impak iklim yang semakin meningkat mengganggu-gugat keselamatan air dan menjejaskan kehidupan serta mata pencarian di banyak wilayah di dunia, terutamanya di seluruh Selatan Global. Ketika UAE bersiap sedia menyambut dunia di COP28, projek ini mengetengahkan hubungan kritikal antara air dan perubahan iklim, serta menekankan potensi inovasi air bagi meningkatkan kehidupan komuniti dan menggalakkan kemakmuran ekonomi. Penempatan ini menyumbang kepada usaha berterusan Malaysia bagi meningkatkan akses kepada air bersih yang andal dengan ketara. Kami menghargai kerjasama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia dalam melaksanakan inisiatif ini, yang menggariskan hubungan berakar umbi antara kedua-dua negara kita.”

Tuan Yang Terutama Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, berkata: “Penyediaan air minuman yang selamat menjadi keutamaan paling penting bagi Malaysia, negara yang telah mengorak langkah ketara dalam menambah baik sistem air dan sanitasi sepanjang dekad yang lalu. Inisiatif Beyond2020 UAE, yang telah menyediakan air minuman selamat kepada 10,000 rakyat Malaysia, mempamerkan sejauh mana penyelesaian berinovatif boleh menangani cabaran air kita, terutamanya di kawasan luar bandar. Kami menyedari kepentingan meluaskan manfaat ini kepada semua segmen masyarakat, memperkasa setiap individu untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan produktif.”

Komuniti yang menerima manfaat dengan penapis air mesra alam yang ditempatkan baru-baru ini berada di wilayah Sabah dan Sarawak, Malaysia, di sepanjang Sungai Rajang. Mengikut tradisi, penduduk di sana bergantung pada air permukaan dari sungai untuk minuman dan menyara kehidupan. Tanpa teknologi dan sistem yang sesuai untuk merawat air, walau bagaimanapun, penduduk kampung sering mengalami masalah kesihatan. Kanak-kanak kerap mengalami cirit-birit dan najis berdarah, menunjukkan kemungkinan parasit bawaan air dalam air minuman.

Campur tangan air perlu dilakukan bertujuan memastikan bahawa penduduk rentan ini, terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga tua, mempunyai akses kepada air minuman bersih.

Mansoor Mohamed Al Hamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Mubadala Energy, berkata: “Melabur dalam penduduk dan komuniti yang mendapat khidmat daripada kami sentiasa menjadi teras misi kami ini. Penempatan Beyond2020 terkini di Malaysia menunjukkan dedikasi kami terhadap faham kemanusiaan dan menempatkan inovasi yang bertujuan meringankan kesukaran yang dihadapi oleh komuniti rentan ini. Saya berbangga dengan pencapaian ini, yang berjaya memenuhi keperluan kritikal untuk menyediakan air bersih kepada mereka yang memerlukan melalui projek pelaburan komuniti kami.”

Melalui kerjasama dengan Wateroam – perusahaan sosial yang pakar dalam mereka bentuk sistem penapisan air ringkas, mudah alih, tahan lama dan berpatutan disediakan khusus untuk bantuan bencana dan pembangunan luar bandar, serta pemenang Hadiah Kelestarian Zayed 2022 dalam Kategori Air – Penyelesaian penapisan air yang ditempatkan oleh Beyond2020, menyediakan komuniti dengan akses kepada air minuman bersih dan selamat.

Memandangkan saiz komuniti yang berlainan antara pelbagai wilayah di sepanjang sungai, Wateroam menyediakan dua penapis air berbeza, memenuhi keperluan khusus setiap kumpulan – Commfilter™ Plus dan ROAMfilter™ Ultra.

Kedua-dua penapis boleh membuang lebih daripada 99% bakteria dan virus, tetapi Commfilter™ Plus menyediakan air minuman selamat untuk isi rumah dan komuniti, manakala ROAMfilter™ Ultra direka bentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti yang lebih besar dengan kadar aliran yang tinggi. Penapis menggunakan aliran graviti semula jadi atau pam kuasa rendah, memerlukan sedikit atau tanpa kuasa elektrik untuk beroperasi. Penapis ini mudah disediakan dan diselenggara, menjadikannya mampan untuk penduduk setempat menguruskan dan menggunakan dalam jangka panjang.

Malaysia kaya dengan sumber air, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bekalan air mengalami tekanan disebabkan oleh gabungan pertumbuhan penduduk, pembandaran, industrialisasi dan pengembangan pertanian pengairan. Penempatan penapis mesra alam yang membolehkan komuniti memenuhi keperluan air mereka dengan mampan menyokong realisasi wawasan air negara Malaysia.

Beyond2020 menyatukan beberapa rakan kongsi terkemuka yang termasuk Dana Abu Dhabi untuk Pembangunan, BNP Paribas, Mubadala Energy dan Masdar.

Sebagai sebahagian daripada impak inisiatif tersebut sehingga kini, sejumlah 17 penempatan telah dilaksanakan, termasuk penyelesaian berkaitan tenaga, kesihatan, air dan makanan, mengubah kehidupan lebih daripada 221,800 penduduk di negara berikut: Nepal, Tanzania, Uganda, Jordan, Mesir, Kemboja, Madagascar, Indonesia, Bangladesh, Filipina, Rwanda, Peru, Lubnan, Sudan, Ethiopia dan Vietnam. Selain Malaysia, 3 negara lagi telah dikenal pasti sebagai kawasan penempatan pada masa hadapan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53797502/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Sumber: AETOSWire

Individu untuk Dihubungi
Mohammed Al Daqqaq
Mohammed.daqqaq@bcw-global.com
00971507037115
 
Sumber: Hadiah Kelestarian Zayed

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment