Saturday, November 11, 2023

TRILLIANT AKAN MENUMPUKAN KEPADA PERALIHAN TENAGA, PEMODENAN GRID DAN AMI DI ENLIT ASIA

Para eksekutif akan berkongsi pemahaman semasa perbincangan panel dan banyak lagi; syarikat Penaja Berlian di persidangan tahunan itu


JAKARTA, Indonesia, 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, penyedia penyelesaian antarabangsa terkemuka bagi infrastruktur pemeteran lanjutan (AMI), grid pintar, bandar pintar dan IIoT, akan menyertai sebagai Penaja Berlian di Enlit Asia untuk tahun kelima berturut-turut. Persidangan tersebut akan berlangsung pada 14-16 November 2023 di Pameran Konvensyen Indonesia (ICE) di Jakarta.

Enlit Asia ialah persidangan dan pameran tahunan untuk sektor kuasa dan tenaga, mempamerkan pengetahuan pakar, penyelesaian berinovatif dan pandangan jauh daripada pemimpin industri, sejajar dengan strategi ASEAN untuk mencapai peralihan yang lancar ke arah masa depan tenaga rendah karbon.

Eksekutif dan pakar bidang Trilliant akan menyertai perbincangan pleno dan panel sepanjang acara itu:

• Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trilliant, Andrew C. White akan mengambil bahagian dalam Dialog Bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi memulakan Enlit Asia 2023/ Majlis Perasmian Hari Kuasa Elektrik Indonesia pada 14 November, jam 9 pagi.
• White juga akan membuat ucapan perasmian dalam panel yang bertajuk Mengimbangi Peralihan Tenaga dan Keselamatan untuk Masa Depan Mampan. Eugene Loke, pengarah urusan, APAC di Trilliant akan menyertai panel, yang akan memberikan tumpuan kepada sejauh mana peralihan tenaga ke arah masa depan mampan memerlukan keseimbangan yang teliti antara keselamatan tenaga dan kemampuan. Perbincangan akan menangani bidang termasuk menghubungkan keupayaan asas; sistem tenaga yang semakin berkembang; dasar dan inisiatif; dan pengajaran yang diperoleh. Ini akan berlangsung pada 14 November jam 1:40 petang.
• Trilliant akan membuat pembentangan pada sesi Hab Pengetahuan bertajuk Pemodenan Grid: Keutamaan & Strategi untuk Utiliti - Kajian Kes AMI pada 14 November jam 12:20 tengah hari.
• Vincent Thankachan, Pengarah Penyelesaian Pelanggan di Trilliant, akan menyertai Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (Electricity Generating Authority of Thailand - EGAT) dan ahli industri lain dalam panel yang bertajuk Membuka Potensi AMI Sepenuhnya. Mereka akan membincangkan amalan terbaik dan pertimbangan untuk menggunakan AMI dengan jayanya, andal dan berhemat di Asia Tenggara, khususnya di rantau kepulauan; kepentingan penyeragaman, saling kendali dan keserasian peranti untuk kejayaan dan pelancaran meter pintar yang cekap; dan cara memanfaatkan keupayaan meter pintar bagi memacu dan menyokong pemodenan grid dan inisiatif pendigitalan. Sesi ini akan berlangsung pada 15 November jam 3:20 petang.

“Utiliti di rantau Asia Pasifik melihat kepada inovasi yang dipercepat semasa industri bergerak ke arah masa depan tenaga rendah karbon,” kata White. “Teknologi rangkaian generasi akan datang Trilliant bersama dengan platform bebas peranti kami ialah komponen utama kepada pertumbuhan ini dan kami berbangga untuk terus menyokong pelanggan pada setiap peringkat perjalanan peralihan tenaga masing-masing bagi memastikan hasil yang terbaik. Kami berharap dapat bertemu pemimpin tenaga di persidangan itu dan merangka laluan ke arah kejayaan untuk utiliti, bandar pintar, perniagaan dan pihak berkepentingan serantau yang lain.”

Trilliant akan berada di lantai pameran di Ruang Pameran bernombor 401 apabila peserta boleh menikmati pengalaman demonstrasi penyelesaian berinovatif dan bercakap dengan pakar bidang mengenai cara memilih penyelesaian modular yang fleksibel tanpa perlu terikat dengan vendor tunggal; mengukuhkan AMI dan strategi analisis data; melabur dalam masa depan pemeteran pintar, bangunan dan IIoT; dan mencapai matlamat peralihan tenaga dan kelestarian.

Untuk membuat janji temu demonstrasi dan mesyuarat secara bersemuka dengan Trilliant di Enlit Asia, atau mendapatkan maklumat lanjut, hubungi info@trilliant.com.

Untuk maklumat lanjut tentang Enlit Asia, kunjungi: https://www.enlit-asia.com/live-event/

Maklumat Tentang Trilliant

Trilliant® memperkasa industri tenaga global dengan satu-satunya platform komunikasi agnostik peranti yang membolehkan utiliti dan bandar menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan andal dalam satu rangkaian berkuasa. Portfolio kami yang dibina khas direka bentuk untuk menawarkan kuasa pilihan, tanpa risiko pelanggan “dikunci” dengan satu pembekal teknologi. Kami berbangga menawarkan penyelesaian misi kritikal yang menyokong AMI, Data & Analisis, Grid Pintar dan Bandar Pintar. Pelanggan di seluruh dunia mendapat manfaat daripada gabungan unik fleksibiliti, kelestarian dan kebolehskalaan Trilliant yang menghubungkan utiliti dan bandar kepada IIOT dan laluan yang lebih strategik iaitu kepada Peralihan Tenaga. Kunjungi kami di www.trilliant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Tracey Mitchell
tracey.mitchell@trilliant.com

Cindy Watson/Anita Wong
StrategicAmpersand Inc.
TrilliantPR@stratamp.com

Sumber: Trilliant

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment