Tuesday, March 30, 2021

VIDEO MEMPERKENALKAN SISTEM UNTUK PENSIJILAN BAGI KEMAHIRAN MEMASAK MASAKAN JEPUN DIKELUARKAN OLEH TOW CO., LTD. (TOKYO, JEPUN), BADAN PERMOHONAN/PENGURUSAN PENSIJILAN

TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --

TOW Co., Ltd.:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005028/en/

[https://tow.co.jp/certification/]
Ikuti pautan ini untuk satu dokumentari yang menunjukkan nilai bagi sistem pensijilan itu melalui kisah-kisah oleh cef-cef luar negeri yang mencuba ujian untuk Pensijilan Emas, standard tertinggi yang digariskan oleh sistem itu.

Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan telah menetapkan Garis Panduan untuk Pensijilan bagi Kemahiran Memasak bagi Masakan Jepun di Negara-negara Asing mulai April 2016.

Sistem ini menetapkan standard khusus yang boleh digunakan oleh badan swasta untuk mengiktiraf cef-cef luar negeri yang telah memperolehi tahap pengetahuan dan kemahiran memasak yang diperlukan untuk penyediaan masakan Jepun, untuk membantu memastikan bahawa tarikan budaya makanan dan pemakanan Jepun, serta produk pertanian dan marin Jepun, disampaikan dengan betul dan berkesan ke seluruh pelusuk dunia.*

Dan melaluinya, sektor swasta dapat menempatkan diri mereka sebagai satu daya penggerak di dalam mempromosikan usaha untuk mengesahkan kemahiran memasak masakan Jepun, meningkatkan jumlah individu yang diperakui, dan memupuk pertumbuhan seterusnya di dalam cef-cef luar negeri yang telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk penyediaan masakan Jepun, kesemuanya dengan matlamat utama untuk memperkukuhkan lagi reputasi global bagi budaya makanan dan pemakanan Jepun dan memperluaskan penggunaan produk pertanian dan marin Jepun.

Untuk tujuan itu, TOW Co., Ltd. bergerak aktif sebagai Badan Permohonan/Pengurusan bagi Sistem Pensijilan itu. Setakat Mac 2021, ia telah meluluskan 11 badan perakuan, yang seterusnya memperakui 14 cef individu sebagai memenuhi standard Pensijilan Emas, 187 memenuhi standard Perak, dan 389 memenuhi standard Gangsa.

Walaupun pandemik COVID-19 telah memberikan tamparan hebat kepada industri perkhidmatan makanan di seluruh dunia, TOW Co., Ltd. tetap komited untuk melaksanakan misi mereka, dan untuk menggalakkan semua cef luar negeri yang ingin memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menyediakan masakan Jepun dengan betul. Adalah menjadi harapan kami bahawa penciptaan dan perkongsian video ini yang memperkenalkan Sistem Pensijilan bagi Kemahiran Memasak untuk Masakan Jepun akan membantu memenuhi matlamat tersebut.

VIDEO MEMPERKENALKAN SISTEM UNTUK PENSIJILAN BAGI KEMAHIRAN MEMASAK MASAKAN JEPUN DIKELUARKAN OLEH TOW CO., LTD. (TOKYO, JEPUN), BADAN PERMOHONAN/PENGURUSAN PENSIJILAN

No comments:

Post a Comment