Wednesday, March 10, 2021

NIELSENIQ MENETAPKAN KEMERDEKAAN SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT KENDIRI

Sebagai sebuah syarikat baharu, NielsenIQ berusaha untuk mengubah perniagaan mereka dan memaklumkan mengenai masa depan perdagangan

CHICAGO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, NielsenIQ memulakan bab baharu mereka sebagai sebuah syarikat yang bebas dengan penutupan bagi pemerolehan mereka oleh Advent International dalam perkongsian dengan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif James “Jim” Peck. Sebagai sebuah perniagaan kendiri, NielsenIQ berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mempercepatkan transformasi mereka dan memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai yang terkemuka di pasaran.

Untuk bergerak ke hadapan sebagai sebuah pemimpin yang definitif di dalam industri FMCG dan membawa ke dalam era baharu bagi kemajuan dan inovasi teknologi, tiga pemimpin baharu akan menyertai NielsenIQ. Mohit Kapoor turut serta sebagai Ketua Pegawai Teknologi, dengan mengawasi semua aspek berkaitan teknologi. Steve Matthesen, seorang veteran Nielsen, menyertai sebagai Ketua Pegawai Strategi untuk membantu membangun dan melaksanakan strategi korporat dan inisiatif utama yang lain. Curt Miller menyertai sebagai Ketua Pegawai Transformasi untuk memacukan penyelarasan organisasi yang menyokong strategi pertumbuhan NielsenIQ.

“NielsenIQ mempunyai satu peluang yang unik untuk menjadi sebuah rakan yang lincah dengan kelenturan untuk meningkatkan pelaburan dan inovasi strategik di masa hadapan,” kata Jim Peck, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, NielsenIQ. “Kemerdekaan kami menekankan komitmen kami kepada satu rancangan pemulihan yang akan membolehkan kami untuk menyokong pelanggan dan rakan kami dengan lebih baik, dan menyampaikan nilai maksimum dan pada masa yang sama menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik pasaran dan pelanggan.”

Pelanggan akan dapat terus bergantung kepada data NielsenIQ yang terkemuka di dalam industri ketika syarikat itu mempercepatkan penyampaian bagi keupayaan baharu dan memperhaluskan operasi mereka. Sebagai sebuah rakan yang dipercayai dengan pengetahuan yang mendalam mengenai FMCG dan industri runcit, NielsenIQ berpeluang untuk membuat keputusan yang sukar, menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan dan menyampaikan penyelesaian yang berinovatif yang benar-benar memenuhi kehendak pelanggan.

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.

Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi  semua platform runcit. Falsafah terbuka kami mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang sepenuhnya.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nielseniq.com.

Maklumat mengenai Advent International

Ditubuhkan pada tahun 1984, Advent International adalah satu daripada pelabur ekuiti persendirian global yang terbesar dan paling berpengalaman. Firma itu telah melabur dalam lebih 350 urus niaga ekuiti persendirian di 41 buah negara, dan pada 30 September, 2020, mempunyai $66.2 bilion dalam aset di bawah pengurusan. Dengan 15 pejabat di 12 buah negara, Advent telah mewujudkan sebuah pasukan bersepadu di dunia yang terdiri daripada lebih 200 profesional pelaburan merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, dan Asia. Firma itu memberi tumpuan kepada pelaburan dalam lima sektor teras, termasuk perniagaan dan perkhidmatan kewangan; penjagaan kesihatan; perindustrian; runcit, pengguna dan masa senggang; dan teknologi. Setelah 35 tahun berdedikasi kepada pelaburan antarabangsa, Advent tetap komited untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan bagi menyampaikan pertumbuhan pendapatan dan perolehan yang berterusan bagi syarikat-syarikat portfolio mereka.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14336

No comments:

Post a Comment