Sebagai penaja meja bulat. LeddarTech akan menjadi hos pembentangan yang menarik dan interaktif yang bertajuk “AD Technology Continues to Accelerate Despite COVID-19. How Is This Acceleration and the Pandemic Affecting Smart City Strategies?” pada 17 Mac pukul 11:20 a.m., PST. Penceramah jemputan yang ditampilkan pada meja bulat ini termasuklah Daniel Sisco, Pengarah Kanan – Sistem Automotif di Renesas, Pierre Lefevre, CTO COAST Autonomous, Pierre Olivier, CTO LeddarTech, Eric Hoarau, Pengarah Kanan Pembangunan Teknologi & Perniagaan di Flex, dan banyak lagi. Meja bulat ini akan meneroka peta jalan Bandar Pintar selepas COVID-19 dan cara ia boleh memacu pertumbuhan ekonomi dan cabaran serta kebergantungan yang perlu ditakrif dan diperhalus untuk menyokong pemajuan inisiatif ini, termasuklah 5G, infrastruktur perundangan, dan penggunaan oleh rakyat.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14313
No comments:
Post a Comment