Thursday, March 18, 2021

SIARAN BERITA MULTIMEDIA: UNIVERSITI ZHEJIANG: LEBIH BESAR BERMULA DI SINI

 

Table

Universiti Zhejiang tempat bagi semangat yang optimistik


HANGZHOU, China, 18 Mac, 2021 / Xinhua-AsiaNet/--

Pada 4 Mac, artikel muka depan bagi Nature telah menerbitkan keputusan terbaharu bagi sebuah pasukan penyelidikan Universiti Zhejiang berhubung robot pintar lembut bionik. Buat pertama kalinya pasukan itu telah merealisasikan satu eksplorasi dengan robot itu di Peparit Mariana, yang mempunyai kedalaman 11,000 meter, dengan menyediakan penyelesaian untuk eksplorasi laut dalam. Mengejar inovasi nampaknya telah berakar umbi di dalam gen mereka dari Universiti Zhejiang.
 
Untuk video berkualiti siaran dan imej beresolusi tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia: http://news.medianet.com.au/xinhua/zhejiang-university
 
Pada 21 Mei tahun ini, Universiti Zhejiang akan menyambut ulang tahun mereka ke-124. Sebuah video baharu universiti bertajuk “Lebih Besar Bermula Di Sini” telah dikeluarkan untuk menandakan hari tersebut. Ia menceritakan tentang bagaimana guru dan pelajar di Universiti Zhejiang mendapati matlamat yang lebih tinggi di kampus itu, dan mengharungi risiko demi kebaikan sosial.

Wang Tun ('95, kriogenik) adalah sebuah alumni bagi Universiti Zhejiang. Dengan usaha selama 12 tahun, beliau telah membangunkan sistem amaran awal gempa bumi terbesar di dunia dan platform teknologi amaran awal pelbagai bencana yang pertama di China, dengan melindungi nyawa beratus juta orang.

“Falsafah pendidikan Universiti Zhejiang dalam mencari kebenaran dan mengejar inovasi telah mengubah kehidupan saya,” kata Wang. “Moto sekolah itu adalah apa yang selalu saya praktikkan di dalam kerja saya. Ketika China melangkah ke arah barisan depan bagi sains dan teknologi global, terdapat satu keperluan yang lebih besar bagi kesedaran dan keupayaan inovasi.”

Satu musim panas lapan tahun yang lalu, Gao Jinshuang berumur 17 tahun ketika itu dan tinggal di sebuah lembah di Yunnan, di barat daya China. Satu kumpulan pelajar Universiti Zhejiang telah datang ke sekolah menengah beliau untuk mengajar secara sukarela. Pada masa itu, beliau tidak tahu bahawa ia akan menjadi musim panas yang telah mengubah kehidupannya. Satu program sukarelawan jangka pendek mungkin tidak mengubah kehidupan setiap pelajar tempatan, tetapi bagi Gao, pengaruh itu mempunyai kesan yang  luas: beliau mula mengimpikan untuk belajar di Universiti Zhejiang di masa akan datang.

Usaha gigih telah membolehkan beliau mendapat notis kemasukan dari universiti impiannya dan menjadikan beliau pelajar pertama di kampung itu yang mendapat pendidikan kolej. Sejak itu, Gao telah memberi semula bantuan orang lain dengan sentiasa membantu orang lain. “Sumbangan kami adalah terhad, tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan keyakinan orang dan menyakinkan mereka bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk mengubah impian mereka menjadi kenyataan.”

Profesor Li Zhirong, pengarah bersekutu di Institut Penyelidikan Warisan Kebudayaan di Universiti Zhejiang, telah mengetuai beberapa projek yang mempunyai kepentingan sejarah, yang kebanyakannya bersifat antara disiplin. Beliau berjaya menggabungkan kepakaran kejuruteraan Universiti itu dan misinya yang mendalam dalam memelihara budaya dan sejarah China. Pasukan antara disiplin beliau telah mewujudkan replika 3D boleh alih yang pertama di dunia bagi Yungang Grottoes di sebuah gua berusia 1,500 tahun.

Ketika ditanya apa yang beliau ingin capai pada tahun baharu itu, jawapan Li adalah ringkas dan tajam -- jadi pemecut bagi orang lain. Beliau percaya bahawa dengan cara ini, pasukan itu akan memenuhi hasrat asal mereka untuk melayani masyarakat dan memelihara peninggalan kebudayaan dalam cara yang tepat pada masanya dan boleh dipercayai. “Jadi generasi akan datang boleh memperoleh satu pengalaman penuh yang serupa dari peninggalan sejarah seperti nenek moyang mereka.”

Seperti judulnya, “Lebih Besar Bermula Di Sini”, Universiti Zhejiang, institusi pengajian tinggi yang berusia satu abad ini akan terus bergerak ke hadapan dengan inovasi dan pencapaian yang lebih besar.
 
Sumber: Universiti Zhejiang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=386856
 
   Kapsyen: Kampus Zijingang Universiti Zhejiang
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=386857
 
   Kapsyen: Universiti Zhejiang tempat bagi semangat yang optimistik



 
 
 

No comments:

Post a Comment