Tuesday, March 9, 2021

KERJASAMA BAHARU RIA MONEY TRANSFER DENGAN POS MALAYSIA MELANJUTKAN STRATEGI DIGITAL DAN PEMACUAN PENGEMBANGAN PERKHIDMATAN POS

 Perjanjian pengumpulan tunai dengan kemampuan pemeringkatan mudah alih dilancarkan di lebih daripada 1,000 outlet sehingga lebih daripada dua kali ganda capaian Ria di Malaysia sebelum ini



BUENA PARK, Calif., 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ria Money Transfer, peneraju global dalam industri pemindahan wang merentasi sempadan dan subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ: EEFT), serta Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), pengendali perkhidmatan pos dan kiriman cepat dengan rangkaian penghantaran dan titik hubungan terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasama pengumpulan tunai baharu yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang dan pembayaran antarabangsa yang mudah kepada pelanggan di semua outlet Pos Malaysia di seluruh negara.

Melalui kerjasama ini, kini pelanggan akan dapat memulakan pemindahan mereka melalui aplikasi pemindahan wang terkemuka Ria dan melengkapkan proses dengan membayar secara tunai di mana-mana outlet Pos Malaysia tanpa perlu melengkapkan borang fizikal, ini membolehkan pemindahan segera di kaunter.

Hal ini memberikan pelanggan pilihan tambahan dan pilihan pembayaran untuk menyokong komuniti migran di Malaysia dan menjadikan proses penghantaran wang kepada keluarga mereka di negara asal melalui proses pemindahan wang antarabangsa dengan lebih pantas, lebih mudah dan menjimatkan. Selain itu, pemudahan pembayaran digital kepada pelanggan Ria menggalakkan keterangkuman kewangan yang membolehkan pelanggan melihat dan mengunci kadar yang menguntungkan dalam masa nyata dari rumah selain menjimatkan masa di kaunter.

Malaysia merupakan salah sebuah negara dengan perkhidmatan penghantaran terbaik ke Indonesia yang selaras dengan kerjasama Ria bersama Pos Indonesia yang diumumkan baru-baru ini. Kerjasama ini juga mewakili komitmen Ria terhadap komuniti serantau dan sokongan yang ditawarkan kepada organisasi rakan kerjasama melalui promosi kemudahan pemindahan dan membuka kunci peluang nilai tambah.

“Melancarkan keupayaan pemeringkatan mudah alih akan memberikan perkhidmatan yang pantas, selamat dan berdaya saing untuk melancarkan pengalaman pengguna. Kerjasama ini juga menunjukkan keupayaan kita yang berterusan untuk mengatasi cabaran yang sedang dihadapi oleh persekitaran global dan menyampaikan objektif strategik digital bertaraf dunia yang meletakkan syarikat pada kedudukan pertumbuhan masa hadapan,” kata Juan Bianchi, CEO Segmen Pemindahan Wang Euronet, dalam pernyataan yang mengumumkan kerjasama tersebut. “Selain menggandakan jangkauan kami di Malaysia dan kebolehlihatan dan kepercayaan jenama yang meningkat kepada individu, SME, bank dan peruncit lain, pakatan baharu ini merupakan bukti lanjut kekuatan strategi pos kami yang dibina berasaskan matlamat dan pertumbuhan pesat yang disediakan di rantau melalui perkembangan keupayaan digital kami yang pantas.”

Untuk Pos Malaysia, kerjasama dengan Ria Money Transfer ialah satu lagi langkah penting ke hadapan dalam usaha transformasi untuk memodenkan segmen peruncitan syarikat melalui proses digital di samping mengoptimumkan dan meningkatkan pengalaman pelanggan semasa berurusan di kaunter.

“Ria Money Transfer membantu kami memudahkan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kiriman wang antarabangsa di samping menyediakan nilai tambahan kepada pelanggan kami,” kata Mohamed Rozaidi Md Sharif, CEO Perkhidmatan Pos. “Platform pemindahan wang Ria menawarkan kebolehcapaian yang baik kepada pelanggan melalui rangkaian titik hubungan Pos Malaysia dan pejabat pos di Malaysia.”

Perihal Ria Money Transfer

Ria Money Transfer, subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ: EEFT), menyediakan perkhidmatan kewangan inovatif termasuk pemindahan wang global yang pantas, selamat dan berpatutan. Dengan rangkaian penyelesaian tunai kedua yang paling meluas dan rangkaian deposit bank langsung terbesar di dunia, Ria memindahkan wang ke destinasinya.

Penyepaduan Ria kepada REV Payments Cloud Euronet Worldwide menyediakan get laluan kepada suit produk dan perkhidmatan teknologi kewangan yang canggih, memajukan syarikat kepada barisan hadapan industri kami. Merapatkan jurang antara transaksi digital dengan fizikal, produk dan perkhidmatan berbilang kami bersama dengan keupayaan pembayaran global alternatif kami yang berkembang pesat, memberikan pilihan pengguna yang belum pernah berlaku sebelum ini; ini termasuk ejen dan rakan kerjasama, pembayaran masa nyata, penghantaran ke rumah, dompet mudah alih dan ATM tanpa kad (eksklusif dengan Ria).

Infrastruktur global kami menyediakan akses kewangan kepada pelanggan dan rakan kerjasama seumpamanya serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dengan membuka peluang pasaran baharu. Di Ria, kami menyediakan cara untuk kehidupan seharian yang lebih baik.

Perihal Pos Malaysia Group

Pos Malaysia Group merupakan penyedia penyelesaian pos yang dinamik (surat, peruncitan, kiriman cepat dan antarabangsa), logistik, penerbangan, kewangan dan rantaian bekalan dengan rangkaian penghantaran dan titik hubungan terbesar di Malaysia yang menawarkan pengalaman rangkaian peruncitan yang meluas melalui segmen perniagaan terasnya. Dengan rekod prestasi lebih daripada 200 tahun, Kumpulan ini menghubungkan negara dengan lebih daripada 200 operator pos secara global dan meningkatkan keupayaan untuk menyokong perniagaan eDagang merentas sempadan Asia Tenggara yang berkembang pesat. Untuk maklumat tentang Pos Malaysia Group, lawati www.pos.com.my.

Orang Hubungan Media: Aura Martínez Schiffers
comms@riafinancial.com 

SUMBER : Euronet Worldwide, Inc.

No comments:

Post a Comment