Friday, March 12, 2021

AIS, SALJI MEMARAKKAN ALAM AJAIB MUSIM SEJUK CHINA

Harbin, China, 12 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada pagi yang tersangat dingin, jeritan dan sorakan daripada pelancong memecahkan kedamaian lautan hutan dan dataran salji di Resort Ski Yabuli, yang terletak di Harbin, ibu kota bagi wilayah Heilongjiang di timur laut China. Peminat ski mengalami kecepatan dan keterujaan yang dibawa oleh sukan musim sejuk yang unik ini.

“Menakjubkan! Ini adalah benar-benar suatu pengalaman bermain ski yang sangat mengagumkan!” Sun Bin, seorang pelancong dari Guangzhou, begitu teruja sehinggakan beliau tidak sabar untuk menggelongsor turun dari gunung itu.

Dikenal sebagai sama ada “Ketimuran Moscow” atau “Ketimuran Paris”, Harbin telah memperoleh kemasyhuran pada akhir 1800-an dan awal 1900-an setelah pembinaan Kereta Api Timur China yang dibiayai oleh Empayar Rusia ketika itu. Selain gabungan gaya seni bina oriental dan Eropah mereka yang unik, bandar raya itu juga terkenal kerana festival ais dan saljinya pada musim sejuk.

Pada tahun 1963, Harbin telah mengadakan pameran tanglung ais mereka yang pertama. Aktiviti musim sejuk yang pelbagai secara beransur-ansur mula muncul sejak itu, dan festival ais dan salji yang pertama telah diadakan pada tahun 1985.

Ais dan salji telah menjadi satu magnet bagi pelancongan di Harbin, yang telah giat mempromosikan pelancongan musim sejuk dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber ais dan salji mereka yang begitu banyak.

Setelah berkembang selama beberapa dekad, Harbin telah mendapat perhatian antarabangsa untuk ekstravaganza musim sejuk mereka yang semakin popular, Festival Ais dan Salji Antarabangsa, yang menampilkan arca ais, pertandingan, dan sukan musim sejuk yang besar dan terperinci.

AIS, SALJI MEMARAKKAN ALAM AJAIB MUSIM SEJUK CHINA

No comments:

Post a Comment