Wednesday, March 17, 2021

NIPPON EXPRESS (MALAYSIA) MEMPEROLEH PENSIJILAN GDP UNTUK PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DALAM NEGERI

 TOKYO, 16 Mac, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Nippon Express (Malaysia) Sdn, Bhd. (kemudian dari ini, “NE Malaysia”), sebuah anak syarikat tempatan bagi Nippon Express Co., Ltd. yang berpangkalan di Tokyo, telah memperolehi pensijilan Amalan Pengedaran Baik (GDP) berkuat kuasa pada Khamis, 14 Januari, 2021 untuk Cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mereka, sekaligus membuktikan pematuhan mereka dengan piawaian bagi pengedaran farmaseutikal yang betul semasa menyediakan pengangkutan di Malaysia.

Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/img/202103031782-O2-TB8U8CcK
 
Pemandangan luaran bagi Cawangan KLIA NE Malaysia:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M103866/202103031782/_prw_PI1fl_Vokdye6L.jpg

 
Peningkatan kadar upah dan taraf hidup telah menjadikan penduduk Malaysia semakin peka terhadap kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan pembuatan farmaseutikal adalah satu sektor pertumbuhan baharu yang ingin dikembang dan dibangunkan oleh kerajaan negara itu. Kerajaan Malaysia juga berusaha untuk menjadikan pensijilan halal JAKIM* bagi farmaseutikal sebagai satu standard global, dan permintaan yang lebih tinggi untuk logistik farmaseutikal halal di pasaran Muslim adalah dijangkakan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14363

No comments:

Post a Comment