Tuesday, March 9, 2021

MEGAZONECLOUD DAN HYUNDAI MOTOR COMPANY MELANCARKAN PLATFORM PERKHIDMATAN MEDIA BAHARU DI AWAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENGALAMAN DIGITAL BAHARU BAGI PELANGGAN GLOBAL

SEOUL, Korea Selatan, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MegazoneCloud, sebuah penyedia perkhidmatan terurus awan terkemuka yang berpangkalan di Korea Selatan, telah mengumumkan satu kerjasama dengan Hyundai Motor Company (KRX: 005380) untuk melancarkan sebuah platform perkhidmatan media baharu ‘Saluran Hyundai’ bagi menyediakan satu pengalaman pelanggan digital dan saluran komunikasi baharu di tengah-tengah pandemik global.

Sebelum ini, pada 15 September lalu, Hyundai Motor Company telah melancarkan Saluran Hyundai, yang merupakan satu aplikasi interaktif untuk TV pintar yang menampilkan kandungan multimedia yang membolehkan pelanggan untuk mengalami jenama itu melalui sebuah antara muka digital. Aplikasi itu menyediakan tiga kategori — Secara Langsung, TV dan Model dengan lebih banyak ciri-ciri yang akan ditambah pada masa akan datang. Saluran Hyundai telah menyediakan penstriman langsung untuk tayangan perdana bagi Hyundai Tucson 2021 yang serba baharu dan pelancaran Sel Bahan Bakar XCIENT, trak tugas berat sel bahan bakar pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia pada 14 Oktober, 2020. Dengan saluran ini, Hyundai Motor akan dapat menyampaikan beratus-ratus kandungan video berjenama berkualiti tinggi yang meningkatkan pengalaman digital kepada pelanggan di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14327

No comments:

Post a Comment