Wednesday, March 3, 2021

TARIKAN PELABURAN GLOBAL BAGI PELABUHAN PERUSAHAAN TAHAP 1.5 YANG PERTAMA DI HAIKOU DILANCARKAN




HAIKOU, China, 2 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Projek pelabuhan perusahaan tahap 1.5 yang pertama bagi Kawasan Baharu Haikou Jiangdong telah sepenuhnya melancarkan tarikan pelaburan mereka, menurut Haikou Jiangdong New Area Development and Construction Co., Ltd. Tarikan pelaburan itu akan memberi tumpuan kepada reka bentuk, pembiayaan, teknologi dan industri lain, dan dasar-dasar keutamaan yang sepadan akan tersedia bagi syarikat-syarikat yang telah memasuki pelabuhan itu.

Bandar raya Haikou, ibu kota bagi Wilayah Hainan, adalah tapak utama bagi pembangunan ekonomi wilayah tersebut. Projek pelabuhan perusahaan tahap 1.5 yang pertama itu (Fasa I) bagi Kawasan Baharu Haikou Jiangdong, satu daripada taman utama bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, akan digunakan pada April. Setakat ini, 21 syarikat reka bentuk seni bina terkenal telah menandatangani perjanjian hasrat untuk memasuki taman itu.

Jenis perniagaan untuk tarikan pelaburan bagi projek pelabuhan perusahaan itu termasuk pejabat-pejabat perniagaan dan kemudahan sokongan komersial. Kategori yang pertama itu merangkumi lima bahagian: reka bentuk, pembiayaan, ekonomi ibu pejabat, teknologi, dan perkhidmatan perundingan korporat. Yang kedua pula merangkumi empat bahagian: perdagangan runcit, makanan ringan, makanan berat, dan sukan. Syarikat-syarikat yang telah memasuki pelabuhan itu boleh menikmati dasar-dasar keutamaan yang sepadan untuk Katalog bagi Industri Digalakkan di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan 2020.

“Pelabuhan perusahaan itu merancang untuk memperkenalkan syarikat-syarikat reka bentuk kelas pertama di China dan dari negara asing. Dengan perancangan dan reka bentuk bandar raya pintar, reka bentuk seni, reka bentuk bangunan hijau, dan reka bentuk kebudayaan dan kreatif di terasnya, sebuah taman bagi industri reka bentuk akan terbentuk. Selain itu, pelabuhan itu akan memperkenalkan syarikat-syarikat yang terlibat di dalam maklumat dan pembiayaan saintifik dan teknologi seperti pemajakan pembiayaan dan dana ekuiti persendirian. Ia akan menarik pelaburan di dalam bentuk kluster syarikat,” kata ketua bagi Haikou Jiangdong New Area Development and Construction Co., Ltd.

Pelabuhan perusahaan itu akan juga mengambil kira keperluan pejabat bagi syarikat-syarikat dan profesional industri kelas atasan yang akan memasuki Kawasan Baharu Haikou Jiangdong pada masa hadapan, dan secara saintifik merancang jenis perniagaan seperti katering, budaya, hiburan dan membeli-belah. Ia akan menggunakan model perancangan “jalan pejalan kaki + bangunan pejabat seperti laman dalam berkepadatan rendah + pelbagai plaza rekreasi”. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan sebuah taman pejabat seperti taman berkepadatan rendah yang dapat dicontohi di kawasan baharu itu dan bahkan di seluruh wilayah itu.
 
Sumber: Haikou Jiangdong New Area Development and Construction Co., Ltd.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14307

No comments:

Post a Comment