Thursday, February 6, 2020

WELL MENCATAT PENCAPAIAN PENTING GLOBAL YANG UTAMA DENGAN MENYOKONG RAKYAT YANG LEBIH SIHAT DAN BANGUNAN YANG LEBIH BAIK

Lebih daripada setengah bilion kaki persegi bagi projek menggunakan WELL di hampir 60 buah negara


NEW YORK, 6 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- International WELL Building Institute  (IWBI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melepasi petanda 500 juta kaki persegi bagi bangunan yang didaftar dan disahkan di bawah Standard WELL Building (WELL). Pencapaian penting itu dengan pantas mengikuti  pengumuman awal bulan ini bahawa bilangan Profesional Bertauliah (AP) dan pendaftar WELL telah melebihi 10,000, bukti selanjutnya mengenai pertumbuhan pesat bagi pergerakan global untuk membantu orang ramai berkembang melalui bangunan dan komuniti yang lebih baik dan organisasi yang lebih mantap.

“Dengan lebih daripada 4,000 projek di hampir 60 buah negara dan merangkumi semua jenis ruang - pejabat, sekolah, hotel, kediaman dan lebih banyak lagi – ia adalah jelas bahawa gelombang kedua ini bagi kemampanan telah mengumpulkan momentum yang mantap,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IWBI, Rick Fedrizzi. “Untuk mencapai setengah bilion kaki persegi ruang dengan menggunakan WELL adalah untuk memberi kesan yang positif kepada kesihatan dan kesejahteraan lebih ramai orang di lebih banyak tempat dan untuk benar-benar mengubah naratif tentang bagaimana kita merancang dan mengendalikan ruang di mana kita menghabiskan masa kita.

“Begitu banyak kejayaan WELL adalah disebabkan oleh WELL AP dan Fakulti WELL kami, sebuah komuniti yang aktif dan berkembang yang membawa pendidikan tentang WELL kepada rakan sekerja dan pelanggan di seluruh dunia,” kata beliau. “Bersama dengan jangkauan pasaran dari lebih 130 ahli organisasi kami, gabungan kepimpinan ini telah memainkan satu peranan penting di dalam perjalanan IWBI ke arah transformasi pasaran, sesuatu yang meletakkan orang ramai yang kita peduli berada di tengah-tengah bagi setiap keputusan yang kita buat.”

Sepanjang tahun 2019, hampir empat kali ganda lebih banyak projek baharu didaftarkan untuk mengejar WELL seperti mana pada sepanjang tahun 2018.

“Separuh jalan kepada satu bilion adalah satu perkara, tetapi apa yang benar-benar luar biasa adalah kadar penerimaan,” kata Rachel Gutter, Presiden bagi IWBI. “WELL memasuki pasaran itu pada tahun 2014, dan ia mengambil masa kira-kira empat tahun untuk mencapai 250 juta kaki persegi, tetapi ia hanya mengambil masa satu tahun untuk menggandakannya kepada setengah bilion. Walaupun ia merupakan satu petanda pasaran yang kuat, ia benar-benar mencerminkan kebangkitan yang tidak dapat dipercayai bagi sebuah komuniti yang berdedikasi di seluruh dunia yang komited untuk melabur di dalam kesihatan.”

Untuk membina di atas pertumbuhan dan momentum ini, IWBI juga telah memanfaatkan peluang-peluang perkongsian baharu bagi mencapai keutamaan pasaran dan memberi manfaat kepada menyampaikan bangunan yang lebih baik.

“Kami sedang memupuk satu pergerakan global untuk mengubah secara radikal bagaimana kami menyampaikan janji berhubung bangunan yang lebih baik yang membantu semua orang berkembang,” kata Gutter. “Kami tahu kami tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Itulah sebabnya pada tahun lepas kami telah mengumumkan satu perkongsian dengan Enterprise Community Partners  untuk merentangi kemampanan dan kesihatan dengan mengintegrasikan WELL dengan Enterprise 2020 Green Communities Criteria, yang merupakan standard bangunan terkemuka bagi pembinaan rumah hijau mampu milik di seluruh negara.” Pada masa ini 27 negeri dan Washington D.C. memerlukan atau memberi insentif kepada pensijilan Enterprise Green Communities untuk pembangunan perumahan mampu milik yang menerima dana awam. Bermula pada Oktober projek-projek yang memenuhi keperluan ini akan juga disahkan kepada WELL.

“Ketika kita terus merentasi setiap dimensi, ia menjadi lebih penting dari sebelumnya agar  kita mencari satu tempat dan masa bagi komuniti kita untuk mengalami kuasa bagi pergerakan ini,” kata Fedrizzi. “Itulah sebabnya dalam masa dua bulan yang singkat ini, kita akan mengadakan pertemuan di Scottsdale, Arizona, untuk pelancaran Persidangan WELL, satu perhimpunan yang direka untuk memberi inspirasi, memberi tenaga dan meraikan orang ramai dan organisasi yang membantu kita mengubah dunia.”

Dengan kerjasama Persatuan Pereka Dalaman Amerika (ASID) dan Emerald Expositions (Emerald), Persidangan WELL itu akan menyatukan komuniti seni bina, reka bentuk dan kejuruteraan, bersama dengan pemaju hartanah, pegawai korporat, pengamal kesihatan awam dan syarikat-syarikat teknologi. Berpusat kepada idea bahawa bangunan dan komuniti kita adalah asas kepada kesihatan dan kesejahteraan kita, acara ini akan menyatukan pelbagai perwakilan bagi industri dan sektor di sekitar satu misi bersama.

“Memandangkan kejayaan yang hebat ini dicapai hanya dalam tempoh lima tahun sejak WELL dilancarkan buat pertama kali, kami sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada dekad baharu ini,” kata Fedrizzi. “Setiap projek baharu, WELL AP, Fakulti WELL  dan anggota IWBI membantu kami mengambil lebih banyak langkah ke hadapan dalam perjalanan ini. Dan apabila misi itu adalah untuk meningkatkan kesihatan orang ramai, setiap peristiwa penting itu patut diraikan.”

Maklumat mengenai International WELL Building Institute

International WELL Building Institute (IWBI) sedang mengetuai pergerakan global untuk mengubah bangunan, komuniti dan organisasi kita dalam cara yang membantu orang ramai untuk berkembang. WELL v2 adalah versi terbaharu bagi Standard WELL Building mereka yang popular, dan perintis Standard Komuniti WELL adalah sebuah sistem penarafan skala daerah yang menetapkan satu penanda aras global yang baharu untuk komuniti yang sihat. WELL ditumpukan secara eksklusif kepada cara-cara bangunan dan komuniti, dan segala-gala di dalamnya, boleh meningkatkan keselesaan kita, mendorong membuat pilihan yang lebih baik, dan secara amnya meningkatkan, tidak menjejaskan, kesihatan dan kesejahteraan kita. IWBI menggerakkan kesejahteraan komuniti melalui pengurusan tauliah WELL AP, mengejar penyelidikan yang sesuai, pembangunan bagi sumber pendidikan, dan memberi sokongan terhadap dasar yang menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan di mana sahaja. IWBI adalah peserta bagi Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, inisiatif kewarganegaraan korporat terbesar di dunia, dan membantu syarikat-syarikat memajukan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB melalui penggunaan WELL. Maklumat lanjut mengenai WELL boleh diperolehi di sini.

International WELL Building Institute, IWBI, Standard WELL Building, WELL v2, WELL Certified, WELL AP, WELL, WELL Portfolio, Persidangan WELL, Standard Komuniti WELL dan lain-lain, dan logo-logo mereka yang berkaitan adalah tanda dagangan atau tanda pengesahan bagi International WELL Building Institute pbc di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200205005927/en/

Hubungi

Yan Tai
646.827.2955
media@wellcertified.com

Sumber : International WELL Building Institute

No comments:

Post a Comment