Tuesday, February 4, 2020

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT IMUNO-ONKOLOGI YANG BAHARU

Mengembangkan dan Memperluas Penggunaan Portfolio Imuno-onkologi Taconic Biosciences

RENSSELAER, N.Y., 3 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengembangkan portfolio imuno-onkologi yang utamanya dengan melancarkan model mencit B2m-NOG yang baharu.

Imuno-onkologi memanfaatkan sistem imun dalam badan untuk melawan kanser, meningkatkan keupayaan untuk menyasarkan penyakit tersebut.  Model haiwan yang digunakan dalam pembangunan teraputik termasuklah mencit khas yang memodelkan fungsi sistem imun manusia.  Portfolio imuno-onkologi Taconic dibentuk berdasarkan CIEA NOG mouse®, iaitu mencit dengan keimunokurangan yang serius melalui pelbagai penggunaan berdasarkan keupayaannya yang dipertingkat untuk bersepadu dengan sel dan tisu manusia.  B2m-NOG merupakan tambahan yang penting bagi portfolio ini kerana model ini jelasnya melanjutkan tempoh kajian selepas penyepaduan sel mononuklear darah periferi (PBMC) manusia, memberikan lebih banyak masa untuk menilai tindak balas terhadap ubat sasaran.  Tempoh kajian yang dilanjutkan sememangnya mengembangkan jenis kajian imuno-onkologi yang boleh dilakukan menggunakan model B2m-NOG berbanding dengan pilihan yang lebih mahal dan lebih memakan masa seperti model penyepaduan sel stem hematopoetik. Taconic juga menawarkan mencit B2m-NOG yang disepadukan terlebih dahulu dengan PBMC manusia.

“Taconic berada pada kedudukan yang unik untuk memberikan impak dalam penyelidikan imuno-onkologi,” ulas Dr. Michael Seiler, naib presiden produk komersial di Taconic. “Gabungan tempoh kajian dilanjutkan yang dapat dilakukan menggunakan B2m-NOG dengan rundingan pakar Taconic daripada ahli sains penggunaan lapangan tahap PhD membolehkan pelanggan kami menyepadukan alatan baharu ini ke dalam aliran kerja eksperimen mereka dengan pantas.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang portfolio model pemanusiaan daripada Taconic Biosciences, sila hubungi Taconic di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah atau e-mel info@taconic.com.

Tentang Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang direka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang direka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke banyak tempat di dunia.

Orang Hubungan Media:

Kelly Owen Grover

Pengarah Komunikasi Pemasaran

(518) 697-3824

kelly.grover@taconic.com

Sumber: Taconic Biosciences

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13031

No comments:

Post a Comment