Thursday, February 27, 2020

PACIFIC RIM DITAMPILKAN DALAM PENERBITAN YANG MEMBINCANGKAN STRATEGI INDONESIA UNTUK MENINGKATKAN BEKALAN NIKEL

NEW YORK, 26 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- Pacific Rim Cobalt Corp. (CSE:BOLT) (OTCQB:PCRCF) (XFRA:NXFE) hari ini mengumumkan kedudukannya dalam editorial yang diterbitkan oleh NetworkNewsWire ("NNW"), salah satu daripada 40+ jenama dalam InvestorBrandNetwork (“IBN”), sebuah syarikat berita kewangan dan penerbitan berbilang aspek untuk entiti persendirian dan awam.

Untuk melihat penerbitan penuh yang bertajuk “Indonesia Consolidates Nickel Production to Feed Growing EV Battery Market,” lawati: http://nnw.fm/9DkyR

Dengan sokongan yang kerajaan Indonesia berikan untuk pengeluaran nikel, dan kilang sedang diwujudkan untuk memproses bahan kimia ini, Indonesia bukan sahaja akan menjadi sumber bagi bijih mengandungi nikel — negara ini juga akan menjadi pasaran utama untuk logam asas ini.

Pelan yang bercita-cita tinggi untuk industri EV negara ini oleh kerajaan Indonesia adalah selaras dengan cita-cita syarikat yang beroperasi di rantau tersebut. Untuk Pacific Rim Cobalt Corp. (CSE:BOLT) (OTCQB:PCRCF) (XFRA:NXFE), cita-cita ini disokong oleh kejayaan penerokaan yang cemerlang syarikat pada tahun 2019. Ujian pada tapak yang dimiliki sepenuhnya syarikat mendedahkan pemineralan nikel dan kobalt yang ketara berdekatan permukaan. Kesimpulan ini adalah berdasarkan beberapa operasi yang berjaya pada separuh kedua tahun 2019.

Perihal Pacific Rim Cobalt Corp.

Pacific Rim Cobalt ialah syarikat penerokaan berpangkalan di Kanada yang berfokus pada pemerolehan dan pembangunan bagi pengeluaran deposit nikel dan kobalt, input bahan mentah penting untuk industri bateri ion litium. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web syarikat di www.PacificRimCobalt.com.

Perihal NetworkNewsWire

NetworkNewsWire (“NNW”) ialah syarikat berita kewangan dan pengedaran kandungan, salah satu daripada 40+ jenama dalam InvestorBrandNetwork (“IBN”), yang menyediakan: (1) akses kepada rangkaian penyelesaian berwayar melalui NetworkWire untuk mencapai semua pasaran, industri dan demografi sasaran dalam cara yang paling berkesan; (2) pensindiketan artikel dan editorial kepada 5,000+ outlet berita; (3) penyelesaian siaran akhbar ditingkatkan untuk memastikan impak maksimum; (4) pengedaran media sosial melalui IBN kepada jutaan pengikut media sosial; dan (5) tatasusunan penuh bagi penyelesaian komunikasi korporat. Organisasi berbilang aspek dengan pasukan wartawan dan penulis penyumbang yang meluas, NNW berada pada kedudukan unik untuk memberikan perkhidmatan kepada syarikat persendirian dan awam yang ingin mencapai hadirin meluas yang terdiri daripada pelabur, pengguna, wartawan dan masyarakat umum. Dengan memintas lebihan beban dalam pasaran hari ini, NNW memberikan kliennya kebolehlihatan, pengiktirafan dan kesedaran jenama yang tiada tandingannya. NNW ialah tempat berita, kandungan dan maklumat bertumpu.

No comments:

Post a Comment