Friday, February 14, 2020

KUMPULAN TRICOR MENANDATANGANI SATU PERJANJIAN JUAL BELI UNTUK MEMPEROLEHI OPERASI DI MALAYSIA BAGI AXCELASIA INC. (SEBUAH SYARIKAT YANG DISENARAIKAN DI SGX) BAGI MEMPERCEPATKAN PERKHIDMATAN TADBIR URUS, RISIKO & PEMATUHAN DI ASIA

HONG KONG, 13 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Tricor (Tricor), pakar pengembangan perniagaan terkemuka dan penyedia terkemuka bagi perkhidmatan profesional di Asia, telah mengumumkan penandatanganan satu perjanjian jual beli untuk memperolehi operasi di Malaysia bagi Axcelasia Inc. (“Urus Niaga” itu), sebuah firma perkhidmatan profesional bersepadu yang menyampaikan penyelesaian tadbir urus, risiko & pematuhan (GRC), korporat, perniagaan dan perkhidmatan cukai.

Axcelasia Inc., (“Axcelasia”) sebuah syarikat yang disenaraikan di SGX, mempunyai lebih 100 kakitangan profesional dan sebuah portfolio melebihi 1,000 pelanggan yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam, syarikat persendirian, entiti yang berkaitan kerajaan dan perbadanan multinasional. Firma itu diketuai oleh eksekutif berpengalaman dengan legasi Big Four, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encik Ranjit SinghPengerusi Bukan Eksekutif Dr. Veerinderjeet Singh, dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Dato Peter Tang.

Setelah selesai Urus Niaga itu, perkhidmatan korporat dan perkhidmatan sokongan perniagaan Axcelasia akan bergabung ke dalam Tricor Malaysia, untuk menjadikan Tricor sebagai satu daripada penyedia perkhidmatan korporat terbesar di Malaysia kepada syarikat-syarikat antarabangsa dan Malaysia. Di samping itu, Tricor akan melancarkan satu barisan perniagaan serantau baharu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan urus tadbir bersepadu, penyelesaian risiko & pematuhan kepada lebih 50,000 pelanggan mereka di seluruh dunia.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13061

No comments:

Post a Comment