Sunday, February 16, 2020

EJEN2U BANTU PEMILIK PRODUK TINGKAT PRESTASI PERNIAGAAN

* Mengurangkan cabaran dalam mengurus ejen-ejen
* Melalui pendigitalan pengurusan ejen-ejen
* Meningkatkan perolehan syarikat

SERI KEMBANGAN, 13 Feb (Bernama) -- Penggunaan ejen (agentship) merupakan pilihan TERBAIK, TERPANTAS, TERMURAH dan TERMUDAH bagi syarikat untuk memasarkan produk/perkhidmatan dan jenama mereka.

Model perniagaan menggunakan ejen semakin menjadi relevan pada masa kini berbanding dahulu.

Dalam era kemelesetan, orang ramai sentiasa mencari sumber pendapatan yang lebih, di sebalik mempunyai kerjaya tetap untuk menyara keluarga. Ini dapat dilihat dengan peningkatan kewujudan platform 'ekonomi gig' (gig economy) seperti Grab, Gojek, Foodpanda dan sebagainya. Selaras dengan pembangunan bidang keusahawanan dan trend gig ekonomi, antara pilihan ialah menjadi ejen jualan sepenuh masa atau secara sambilan.

"Senario ini merangsang semakin banyak perniagaan kecil yang mempunyai produk sendiri menggunakan ejen jualan. Lebih banyak ejen akan memberi lebih banyak pendapatan kepada syarikat," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ejen2u International Sdn. Bhd. (Ejen2u), Sheikh Ezaiddin Sheikh Mohd. Mustaffa.

Bagaimanapun, lebih ramai ejen maka lebih banyak cabaran untuk menguruskan mereka, kata beliau.

"Ejen2u membantu pemilik-pemilik produk daripada industri kecantikan dan kesihatan, fesyen, produk makanan dan minuman, produk bayi untuk mengurangkan cabaran ini dengan kaedah pendigitalan dalam pengurusan ejen-ejen mereka, dan ini membantu mereka peningkatkan prestasi perniagaan," tambah Sheikh Ezaiddin.

Menurut Sheikh Ezaiddin, Ejen2u merupakan platform pengurusan ejen berasaskan cloud dengan kepakaran 20 tahun dalam industri agensi (agentship).

Ejen2u membantu pemilik produk mengurus stokis/ejen mereka secara digital, seterusnya meningkatkan jualan dan kualiti kehidupan pemilik dan ejen, kata beliau.

"Ejen2u menyelesai masalah biasa yang sentiasa dihadapi oleh pemilik produk seperti isu permainan harga di pasaran, amalan berhutang (consignment) sesama ejen dan kepada syarikat, isu tidak telus dalam transaksi kewangan serta pengiraan pelbagai jenis komisyen yang tidak tepat," kata beliau lagi.

Tambah Sheikh Ezaiddin, ejen-ejen di dalam sesebuah syarikat akan mempunyai ID  sendiri yang menjadikan mereka sebagai usahawan yng mengikut trend digital di era Industri Revolusi (IR) 4.0.

"Dalam masa yang sama, syarikat akan dapat mengenal pasti prestasi ejen-ejen mereka dengan tepat pada masa sebenar," jelasnya.

Jelas Sheikh Ezaiddin lagi, meskipun baharu berusia enam bulan, namun dalam tempoh yang singkat, Ejen2u telah berjaya mendapat banyak pengiktirafan sekali gus membuktikan daya saing dan keseriusan syarikat untuk menjadi pemain serantau dalam industri ejen stokis (agentship).

Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Ejen2u ialah:
 i.        Top 25 MaGIC Global Accelerator Program (GAP)
Program pemacu teknologi global untuk syarikat permulaan melibatkan 1, 171 permohonan dari 68 negara.

 ii.        Top 6 Watch Tower & Friends (WTF)
Pemilihan membabitkan beratus-ratus permohonan.
WTF  merupakan pelabur pertama yang memberi kepercayaan kepada Ejen2u dengan dana berjumlah  USD$12,500 (RM50,000).

iii.        Rakan strategik Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi membantu usahawan MDEC dalam pengurusan ejen.

 iv.       Cradle Investment Program (CIP300) di bawah Cradle Fund Sdn. Bhd.
Program prapengkomersialan yang menyediakan geran bersyarat sebanyak
USD$75,000  (RM300,000) dan bantuan memantau serta konsultasi.

 v.        Anugerah MDEC Islamic Digital Economic (IDE) Mi'yar.

Mengenai Ejen2u:

Ejen2u diperbadankan pada September 2019. Ia dibangunkan berasaskan model perniagaan syarikat permulaan (start-up business model).

Syarikat permulaan adalah sebuah syarikat atau projek yang dimulakan oleh seorang usahawan untuk mencari, membangun dan mengesahkan model perniagaan secara berskala. Permulaan merujuk kepada perniagaan baharu yang berniat mempercepat pertumbuhan perniagaannya.

Sumber: Cradle Fund Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment