Thursday, February 27, 2020

MOSFET SALURAN-N TENAGA 100V BAHARU TOSHIBA BANTU KURANGKAN PENGGUNAAN TENAGA PERALATAN AUTOMOTIF.




Toshiba: MOSFET saluran-N tenaga 100V  “XK1R9F10QB” bagi peralatan automotif. (Business Wire)

 
- Pelancaran Siri U-MOS X-H Menggunakan generasi proses terkini Toshiba -

TOKYO 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “XK1R9F10QB” iaitu MOSFET saluran-N Tenaga 100V yang sesuai bagi aplikasi peralatan automotif 48V  seperti suis beban, saluran bekalan pensuisan tenaga dan pemacuan motor. Penghantarannya bermula hari ini.

Siaran media ini memaparkan multimedia. Maklumat penuh boleh dilihat menerusi https://www.businesswire.com/news/home/20200224006003/en/

Produk baru ini adalah yang pertama dalam MOSFET U-MOS X-H baru MOSFET dengan struktur salur nyala, dan direka dengan proses penjanaan terkini [1] syarikat. Ia yang dipasang dengan pakej rintangan rendah TO-220SM (W) yang  menyalurkan pada-rintangan rendah peneraju industri [2], dengan rintangan maksimum 1.92mΩ, iaitu anggaran pengurangan sebanyak 20% daripada "TK160F10N1L" yang ada pada masa ini. Kemajuan ini membantu mengurangkan penggunaan tenaga peralatan. Ia juga mengurangkan  bunyi bising pensuisan disebabkan oleh pengoptimuman ciri-ciri kapasitif, yang membantu mengurangkan EMI [3] peralatan. Selain itu, jumlah lebar voltan ambang turut dikecilkan kepada 1V bagi meningkatkan penyelarasan pensuisan apabila digunakan secara selari.

Aplikasi
Peralatan automotif (suis bebanan, suis bekalan tenaga dan pemacu motor, dan sebagainya.)

Ciri-Ciri
· MOSFET Siri U-MOS X-H dengan struktur saluran
· Rintangan Rendah peneraju industri
  RDS(ON)=1.92mΩ (max) @VGS=10V
· Kelayakan AEC-Q101

Spesifikasi Utama
Sila klik di sini
 
Nota:
[1] Setakat 25 Februari, 2020
[2] Perbandingan dengan produk dengan kelas dan kelas pakej maksimum VDSS yang sama; berdasarkan kaji selidik Toshiba, sehingga 25 Februari, 2020.
[3] EMI (Gangguan Gelombang Elektromagnetik)

Ikuti pautan berikutan untuk maklumat lanjut produk baharu ini.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/detail.XK1R9F10QB.html

Ikuti pautan berikutan untuk maklumat lanjut mengenai MOSFET Automotif  Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/automotive-mosfet.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan mungkin menjadi tanda niaga syarikat masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan

Power Device Sales & Marketing Department
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan adalah berdasarkan tempoh semasa pada tarikh pengumuman namun tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.


Mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kekuatan sebuah syarikat baharu berteraskan pengalaman luas. Sejak menjadi sebuah syarikat bebas pada bulan Julai 2017, syarikat itu telah berjaya muncul antara syarikat-syarikat peranti utama terkemuka dan menawarkan pelanggan dan rakan niaga dengan penyelesaian perniagaan cemerlang dalam semikonduktor, sistem LSI dan HDD.

Sebanyak 24,000 pekerjanya di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produknya dan menekankan kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan nilai secara bersama serta pasaran baharu. Syarikat itu menyasarkan untuk mencatat jualan tahunan yang pada masa ini melebihi 750 bilion yen (US$6.8 bilion) dan menyumbang kepada masa depan lebih baik untuk semua di mana sahaja.

Ketahui lebih lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Paparan versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200224006003/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Digital Marketing Department
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment