Wednesday, February 26, 2020

KUMPULAN APTORUM MENERUSKAN PENGKOMERSILAN TABLET DIOSCOREA OPPOSITA BIOACTIVE NUTRACEUTICAL DAN PERJANJIAN PENGEDARAN JUALAN TERMETERAI DI HONG KONG

NEW YORK, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat farmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan global yang tidak dipenuhi, mengumumkan pengkomersilan tambahan diet untuk wanita yang sedang menopaus dan mengalami gejala-gejala berkaitan.  Tambahan diet ini diperbuat daripada bahan bioaktif yang diekstrak daripada tepung keledek Cina mengandungi “DOI”, yang merupakan pendekatan bukan-hormon Kumpulan Aptorum bertujuan memenuhi trend dan menangani kebimbangan nutrisi para pengguna yang semakin banyak.  Dianggarkan 1.2 bilion wanita di seluruh dunia akan mengalami menopaus atau pasca menopaus menjelang 20301. Pasaran tambahan diet kesihatan wanita global untuk gejala-gejala menopaus dijangka mencapai lebih ASD$50bn menjelang 2025 dengan kadar CAGR 16.4% (2016-2025)2. Buat permulaan, tambahan diet ini akan dikomersilkan dan dijual di Hong Kong; Syarikat sedang mendapatkan kelulusan kawal selia untuk memasarkan produk ini di lokasi-lokasi utama yang lain.

Sebagai sebahagian daripada usaha pengkomersilan, Kumpulan Aptorum, melalui anak syarikat milikannya Nativus Life Sciences Limited, memeterai perjanjian pengedaran serantau dengan Multipak Limited, kumpulan berpangkalan di Hong Kong yang mengoperasikan jenama-jenama isi rumah termasuklah uncang teh Luk Yu® dan produk-produk kesihatan berkaitan.

Melalui Multipak, Kumpulan Aptorum boleh meningkatkan akses produk ini kepada pangkalan pelanggan serantau yang besar.  Pengeluaran tablet dioscorea opposita bioactive nutraceutical Kumpulan Aptorum ini telah bermula di Kanada dan akan dipasarkan di bawah jenama NativusWellTM.

Tablet Nativus’s NativusWellTM adalah tambahan diet semulajadi, bukan-hormon mengandungi DOI.  Tepung keledek yang mengandungi DOI menggunakan pendekatan bukan-hormon bertujuan merangsang kesejahteraan am wanita yang sedang mengalami menopaus.  Kajian saintifik pihak ketiga menunjukkan DOI, bahan bioaktif semulajadi dalam keledek Cina, didapati merangsang biosintesis estradiol, mencetuskan pengeluaran estradiol dan progesteron dan meningkatkan kepadatan tulang, dengan itu berpotensi mencegah kemaraan osteoporosis³,  salah satu gejala biasa yang dikaitkan dengan menopaus4.

Untuk pembentangan umum lanjut, sila lawati: http://ir.aptorumgroup.com/static-files/bcf77574-7bd6-4b9d-8110-d53837238f16

Untuk pembentangan teknikal lanjut, sila lawati: http://ir.aptorumgroup.com/static-files/66346f79-7a03-474a-89be-0eaafaa00d9d

Mengenai Aptorum Group Limited

Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) adalah syarikat farmaseutikal yang komited untuk membangunkan dan mengkomersilkan terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi.  Kumpulan Aptorum sedang melaksanakan projek terapeutik di dalam penyakit yang jarang berlaku, penyakit berjangkit, penyakit metabolisme dan bidang penyakit yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aptorum Group, sila lawati  www.aptorumgroup.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13112

No comments:

Post a Comment