Sunday, December 8, 2019

TINJAUAN GLOBAL BAHARU MENUNJUKKAN SALAH FAHAM TENTANG KANSER PARU-PARU DALAM KALANGAN ORANG AWAM

Tinjauan juga menunjukkan bahawa orang ramai percaya prognosis penyakit itu adalah teruk dan terdapat permintaan untuk perubahan dalam pengesanan kanser paru-paru

LONDON, 28 Nov (Bernama--GLOBE NEWSWIRE) -- Hanya satu dalam setiap lima orang (22%) tidak bersetuju dengan kenyataan “umumnya, pesakit dengan kanser paru-paru telah menyebabkan penyakit mereka menerusi pilihan gaya hidup dan tingkah laku mereka,” menurut tinjauan omnibus global yang dijalankan oleh Ipsos MORI dan ditaja oleh Lung Ambition Alliance. Keputusan itu dikeluarkan selaras dengan pengakhiran Bulan Kesedaran Kanser Paru-paru Kebangsaan. Kanser paru-paru ialah penyakit yang masih dikaitkan dengan stigma. Stigma kanser paru-paru adalah bermasalah dan boleh mempengaruhi perokok untuk rasa bersalah dan melewatkan masa untuk berjumpa doktor mereka untuk membincangkan simptom yang mungkin timbul.1

Keputusan tambahan kajian tersebut menunjukkan:
Majoriti orang (59%) yakin bahawa dalam tempoh lima tahun, jumlah lebih tinggi bagi orang yang didiagnosis dengan kanser paru-paru akan sembuh berbanding sekarang. 
  • Namun hakikatnya hari ini, kira-kira hanya satu dalam setiap lima orang masih hidup dalam lima tahun selepas diagnosis pertama2, walaupun terdapat kemajuan terbaru pada peranan positif pengesanan awal dan rawatan baharu, perjalanan masih jauh untuk meningkatkan peluang hidup dengan ketara.
  • Kini merupakan masa yang sesuai untuk mempergiat usaha terhadap kanser paru-paru dan mencari penyelesaian baharu yang boleh melambatkan perkembangan penyakit.
Hampir sembilan dalam setiap 10 orang (87%) menyokong pelaksanaan program kebangsaan di negara mereka untuk meningkatkan pengesanan kanser paru-paru pada peringkat awal. Dalam peratusan tersebut, hampir dua dalam setiap tiga orang (62%) mengisytiharkan bahawa mereka “amat” menyokong perlaksanaan program tersebut.
  • Namun hakikatnya, di peringkat global, banyak negara yang masih belum menerima pakai pemeriksaan kanser paru-paru walaupun terdapat bukti menunjukkan bahawa pemeriksaan kanser paru-paru boleh menyelamatkan nyawa.3,4,5 40 peratus orang didiagnosis selepas penyakit mereka telah merebak di luar paru-paru, mengurangkan potensi rawatan dengan tujuan penyembuhan.6
  • Kini merupakan masanya untuk mempertimbangkan pengujian diagnostik sebagai keutamaan utama untuk mereka yang berisiko menghidap kanser paru-paru dan menyokong penggunaan panduan yang boleh membantu untuk meningkatkan kadar pemeriksaan.
Patrick Connor, Naib Presiden dan Ketua Francais Global, Mekanisme Pemacu dan Ketahanan Tumor, AstraZeneca, berkata: “Jelas kita telah membawa kemajuan ketara dalam kanser paru-paru, namun, kita tahu bahawa masih banyak yang boleh kita lakukan untuk menambah baik hasil untuk penyakit yang teruk ini. Keputusan tinjauan itu mencadangkan bahawa orang ramai di seluruh dunia mengharapkan kita boleh melakukan dengan lebih banyak untuk pesakit kanser paru-paru dengan menumpukan perhatian pada pemeriksaan dan diagnosis awal, pembangunan berterusan untuk rawatan inovatif dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. Kita harus bertindak sekarang.”

Jesme Fox, Setiausaha GLCC, berkata: “Penting untuk memahami pandangan orang awam tentang kanser paru-paru. Keputusan tinjauan ini adalah menggalakkan, kebanyakan mereka berasa optimistik tentang peluang hidup masa depan yang lebih baik untuk pesakit kanser paru-paru dan juga menyokong pelaksanaan pemeriksaan kanser paru-paru. Namun, banyak lagi perlu dilakukan untuk mengurangkan stigma dan pandangan negatif yang dikaitkan dengan penyakit ini.”

Setiap 18 saat, satu nyawa terkorban akibat kanser paru-paru.7 Pada 2018 sahaja, dianggarkan 1.8 juta orang meninggal dunia akibat penyakit ini.7 Kira-kira 40 peratus pesakit didiagnosis apabila kanser itu sudah merebak di luar paru-paru dan prognosis mereka sudah bertambah teruk.6

Perihal Lung Ambition Alliance

Lung Ambition Alliance ialah kerjasama unggul daripada pelbagai organisasi yang bersatu demi menyingkirkan kanser paru-paru sebagai penyebab kematian. Pakatan ini bertujuan untuk memacu kemajuan dan membawa perubahan yang bermakna bagi pesakit kanser paru-paru dengan menekankan kepakaran setiap rakan kongsi dan mengutamakan projek bermakna yang berpotensi untuk melanjutkan matlamatnya. Rakan kongsi pengasas – Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC), Guardant Health, Gabungan Kanser Paru-paru Global (GLCC) dan AstraZeneca – akan meneroka dan mengatasi halangan terhadap penyaringan dan diagnosis awal, pembangunan ubatan yang inovatif dan penjagaan berkualiti serta mencapai visi bercita-cita tinggi untuk masa depan kanser paru-paru yang bermula dengan menggandakan jangkaan hayat lima tahun menjelang tahun 2025.

Inisiatif dalam Penjagaan Kanser Paru-paru (ILC2)

Sebuah program baharu yang dilancarkan beberapa minggu lalu ialah ILC2, yang membuat seruan untuk permohonan bagi pesakit dan organisasi penjaga yang berdaftar sebagai organisasi bukan keuntungan di negara mereka untuk menghantar cadangan projek yang berpotensi mengubah penjagaan pesakit di seluruh dunia. Tarikh akhir untuk penyerahan ialah 31 Januari 2020. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lungambitionalliance.org.

Permohonan geran ILC2 akan dinilai dan dipilih oleh empat rakan kongsi pengasas Lung Ambition Alliance, Gabungan Kanser Paru-paru Global, Guardant Health, Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru dan AstraZeneca. Dana untuk geran ILC2 disediakan oleh AstraZeneca.

Perihal Rakan Kongsi Pengasas
  • Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru, (IASLC) ialah satu-satunya organisasi global yang menumpu pada kajian kanser paru-paru dan kemaglinan toraks lain, dengan rangkaian global merangkumi 7,500 pakar kanser paru-paru merentas semua disiplin di lebih 100 negara.
  • Gabungan Kanser Paru-paru Global ialah suara antarabangsa bagi pesakit kanser paru-paru dan komited terhadap sokongan pesakit. 
  • Guardant Health ialah syarikat diagnostik inovatif yang mendukung visi untuk membolehkan pengesanan lebih awal menerusi akses kepada maklumat molekul dalam darah.
  • AstraZeneca ialah syarikat biofarmaseutikal global diterajui sains yang menumpukan penemuan, pembangunan dan pemerdagangan ubatan preskripsi. 
Perihal Tinjauan IPSOS MORI Lung Ambition Alliance
Bagi pihak Lung Ambition Alliance, Ipsos MORI telah menemu bual 7,000 orang dewasa berumur 18 tahun ke atas merentasi tujuh buah negara (Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol, UK dan AS). Temu bual telah dijalankan secara dalam talian antara 22hb Oktober dan 4hb November 2019. Responden daripada panel dalam talian telah dipilih menggunakan pensampelan berstatistik susulan pelarasan kepada jantina, umur, kategori sosio-profesional, kawasan geografi dan jenis bandar berdasarkan data bancian yang tersedia di setiap negara untuk populasi berumur 18 tahun ke atas. Keputusan untuk setiap negara telah dinilai (kaedah Wajaran Rim) untuk mencerminkan saiz populasi orang yang berusia 18 tahun ke atas untuk memastikan sampel mewakili negara dalam setiap pasaran. Keputusan juga telah diwajarkan untuk memastikan setiap negara mempunyai wajaran sama setelah teragregat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tinjauan, sila lawati https://www.ipsos.com/ipsos-mori/en-uk/attitudes-and-awareness-lung-cancer-lung-ambition-alliance.

Memacu Kemajuan untuk Pesakit Kanser Paru-paru.

Rujukan

1 Global Lung Cancer Coalition. Global Briefing: Symptom Awareness and Attitudes to Lung Cancer. Findings from a Global Study. Tersedia di http://www.lungcancercoalition.org/uploads/docs/Global%20briefing%20-%20FINAL.pdf. Diakses November 2019.

2 Cancer.Net. Lung Cancer - Non-Small Cell - Statistics. Tersedia di www.cancer.net/cancer-types/lung-cancer-non-small-cell/statistics. Diakses November 2019.

Piana R. Although Evidence Is Clear That Lung Cancer Screening Saves Lives, Adoption Rates Remain Low. ASCO Post. Tersedia di https://ascopost.com/issues/march-10-2019/lung-cancer-screening-evidence-and-adoption/. Diakses November 2019.

4 Yousaf-Khan U, et al. Final Screening Round of the NELSON Lung Cancer Screening Trial: The Effect of a 2.5-year Screening Interval. Thorax. 2017;72:48–56.

5 The National Lung Screening Trial Research Team. Reduced Lung-cancer Mortality with Low-dose Computed Tomographic Screening. N Engl J Med. 2011;365(5):395–409.

6 EpiCast Report: NSCLC Epidemiology Forecast to 2025. GlobalData. 2016.
 
World Health Organization. International Agency for Research on Cancer. Fact Sheet – Lung Cancer. Tersedia di http://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/cancers/15-Lung-fact-sheet.pdf. Diakses November 2019.


ORANG HUBUNGAN:
Meagan Hagans
BursonRx
meagan.hagans@bursonrx.com
+1 212 601 3271
Emma Purdy
GCI Health
Emma.Purdy@gcihealth.com
+44 7825 903013

SUMBER:  Lung Ambition Alliance

No comments:

Post a Comment