Thursday, December 5, 2019

AJC MENGANJURKAN FORUM PERDAGANGAN PERKHIDMATAN ASEAN DI TOKYO UNTUK MEMBINCANGKAN TUNTUTAN BAHARU BAGI PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN SOSIAL DI ASEAN DAN PELUANG-PELUANG PELABURAN MEREKA


Table

Wakil-wakil kerajaan dari sembilan negara ASEAN yang turut serta di dalam Forum Perdagangan Perkhidmatan ASEAN yang diadakan di Tokyo. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah mengadakan “Forum Perdagangan Perkhidmatan ASEAN -- Perkhidmatan Kesihatan dan Sosial” pada 27 November 2019 di Tokyo, Jepun. Seramai 107 orang peserta dari sektor swasta, agensi-agensi kerajaan, ahli akademik Jepun serta wakil-wakil dari sembilan buah negara ASEAN dan kedutaan ASEAN di Tokyo menyertai Forum itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191204005993/en/

Pembangunan manusia bergantung kepada dan menentukan pembangunan ekonomi dan sosial. Produktiviti bagi tenaga buruh, yang bergantung kepada status kesihatan mereka, memainkan satu peranan penting di dalam menentukan produktiviti keseluruhan. Pentingnya untuk mengekalkan ketersediaan dan menyediakan akses yang mudah kepada infrastruktur penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada penduduk ASEAN tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan-kerajaan ASEAN telah mensasarkan untuk mencapai Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC)1  menjelang tahun 2030, sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mapan (SDG). Jepun telah bekerjasama rapat dengan ASEAN untuk mencapai matlamat ini, termasuk melalui Inisiatif Kesihatan Jepun-ASEAN yang menyokong pembangunan sumber manusia ke arah menggalakkan gaya hidup sihat, mencegah penyakit dan meningkatkan tahap penjagaan kesihatan di ASEAN, dan Inisiatif UHC Jepun-ASEAN dengan tumpuan terhadap penduduk yang meningkat tua, yang antara lain menyokong kendalian penyelidikan bersama Jepun-ASEAN, dan menerokai forum kerjasama atau mekanisme masa hadapan ke arah UHC yang mapan dan menangani penuaan yang sihat dan aktif.

Berlatarbelakangkan ini, AJC telah menganjurkan Forum Perdagangan Perkhidmatan ASEAN yang memberi tumpuan kepada peluang-peluang status dan pelaburan di dalam perkhidmatan kesihatan dan sosial di ASEAN. Forum itu telah menyediakan sebuah platform bagi penyedia perkhidmatan Jepun untuk mengadakan perbincangan bersemuka dengan wakil-wakil kerajaan dari ASEAN yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kesihatan dan sosial.

Pada Forum tersebut, pembentangan telah dibuat oleh Keiichiro Oizumi, profesor di Universiti Asia dan Upalat Korwatanasakul, Pengurus Program di Kluster Penyelidikan dan Analisis Dasar di AJC, mengenai tajuk-tajuk termasuk status semasa dan keperluan baru muncul bagi perkhidmatan kesihatan dan sosial di ASEAN. Pada perbincangan panel, Naoki Nomura, Pengerusi Lembaga bagi Perbadanan Perubatan Sosial Sanshikai, yang telah membuka sebuah klinik perubatan di Yangon, Myanmar pada tahun 2019, serta Kazumi Nishikawa, Pengarah bagi Bahagian Industri Penjagaan Kesihatan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun dan Kaliappa Kalirajan, profesor di Australia National University telah membentangkan bagaimana Jepun dan ASEAN dapat meningkatkan lagi kerjasama mereka di dalam memperbaiki perkhidmatan kesihatan dan sosial di ASEAN.

Wakil-wakil dari Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Viet Nam juga menyampaikan gambaran keseluruhan mengenai perkhidmatan kesihatan dan sosial di negara masing-masing dan menjelaskan mengenai peluang-peluang pelaburan bagi perniagaan Jepun.

Selepas Forum itu, 38 mesyuarat perniagaan berasingan telah dianjurkan di antara wakil-wakil kerajaan ASEAN dan syarikat-syarikat Jepun untuk membincangkan peluang-peluang perniagaan konkrit di negara mereka masing-masing.

“Forum itu telah menyediakan satu peluang yang baik untuk berinteraksi secara langsung dengan perniagaan Jepun. Kami akan meneruskan usaha kami untuk menjemput pelaburan Jepun di dalam perkhidmatan kesihatan dan sosial yang berkualiti,” kata seorang wakil dari ASEAN pada akhir Forum itu.

AJC adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981, dengan matlamat untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan, pelancongan serta pertukaran orang di antara Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun. AJC telah menjalankan penyelidikan dan analisis mengenai perdagangan perkhidmatan di ASEAN sejak tahun 2016. Pada tahun 2019, AJC menjalankan kajian mengenai perkhidmatan sosial di ASEAN, termasuk perkhidmatan kesihatan dan sosial dan perkhidmatan pendidikan.

“Liputan kesihatan sejagat ditakrifkan sebagai memastikan semua orang mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan (termasuk pencegahan, penggalakan, rawatan, pemulihan dan meringankan keadaan atau paliat) dengan kualiti yang mencukupi untuk menjadi berkesan dan pada masa yang sama memastikan bahawa penggunaan perkhidmatan ini tidak mendedahkan pengguna kepada kesusahan kewangan” (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191204005993/en/

Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Tomoko Miyauchi
TEL +81-3-5402-8118
FAKS +81-3-5402-8003
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Tingkat 1, Bangunan Shin Onarimon, 6-17-19 Shimbashi,
Minato-ku, Tokyo 105-0004 Jepun
URL: https://www.asean.or.jp/en/

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun

No comments:

Post a Comment