Tuesday, December 3, 2019

Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose ke-6 berlangsung awal November

KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose ke-6 telah diadakan di Lapangan Terbang New Chitose, Jepun selama empat hari, bermula 1 Nov.

Dua filem pendek yang dihasilkan festival tersebut telah ditayangkan semasa majlis pembukaan. Ia dihasilkan untuk tayangan 330 inci/4K, sebuah Simbol Digital di ruang rehat terminal antarabangsa itu.

Filem pertama, ‘Sagashimono’ (Things You Are Looking For), dihasilkan oleh Project, sebuah unit penerbit Jepun, manakala filem kedua ‘Fly Me to HOKKAIDO’ diarahkan oleh TOCHKA.

Semasa festival filem tersebut, pelbagai program diadakan, termasuk tayangan hasil kerja jemputan di Teater Lapangan Terbang New Chitose dan program bual bicara oleh pengarah jemputan dari Jepun dan luar negara di tingkat 4 bangunan terminal domestik.

Tayangan pertandingan yang merupakan acara utama festival tersebut merangkumi 91 filem yang dipilih dengan teliti daripada 2,200 hasil karya yang dihantar (bagi filem pendek dan filem rencana). Sebuah majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 4 Nov.

Grand Prix (Filem Pendek) telah dianugerahkan kepada ‘Acid Rain’ arahan artis Poland, Tomek Popakul, manakala Grand Prix (Filem Rencana) dimenangi ‘I Lost My Body’ oleh Jeremy Clapin (Perancis). Hasil kerja yang memenangi anugerah boleh didapati di laman sesawang rasmi festival di (http://airport-anifes.jp/en).

Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose ke-6 merakamkan kejayaan hebat dengan kehadiran tertinggi dalam sejarah seramai 43,000 pengunjung, menurut satu kenyataan daripada Jawatankuasa Eksekutif Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment