Tuesday, December 3, 2019

MANTAN CEO CLEVELAND CLINIC TOBY COSGROVE, MD, MENYERTAI INNOVAHEALTH PARTNERS SEBAGAI PENASIHAT KANAN



NEW YORK, 21 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mantan CEO Cleveland Clinic, Delos M. “Toby” Cosgrove, MD, telah menyertai InnovaHealth Partners (“InnovaHealth”) sebagai Penasihat Kanan.

Dr. Cosgrove merupakan CEO dan Presiden Cleveland Clinic dari tahun 2004 hingga Mei 2017 dan kini berkhidmat sebagai Penasihat Eksekutif, bekerjasama pada strategi pertumbuhan dengan kepimpinan Cleveland Clinic. Sebagai CEO dan Presiden Cleveland Clinic, beliau berfokus pada meningkatkan pengalaman pesakit dan hasil perubatan, menyusun semula perkhidmatan dan mengukuhkan kewangan organisasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif InnovaHealth Mortimer (“Tim”) Berkowitz III, berkata, “Kami berasa sukacita untuk mengalu-alukan Toby menyertai pasukan InnovaHealth. Sebagai pakar bedah perintis, penginovasi teknologi perubatan dan peneraju penjagaan kesihatan yang cemerlang, Toby berkongsi visi strategik kami bagi mengembangkan akses pasaran untuk teknologi perubatan inovatif yang memenuhi keperluan klinikal yang banyak masih belum dipenuhi. Capaian global meluas dan pengalaman beliau akan menambah kepada rangkaian pelaburan kami, keupayaan untuk menambah nilai kepada syarikat portfolio kami dan mengukuhkan lagi perhubungan strategik kami dalam industri teknologi perubatan.”

Selepas berkhidmat sebagai pakar bedah dalam Tentera Udara A.S, Dr. Cosgrove menyertai Cleveland Clinic pada tahun 1975 dan dinamakan Pengerusi Jabatan Pembedahan Toraks dan Kardiovaskular pada tahun 1989. Sebagai pakar bedah kardiotoraks, Dr. Cosgrove melakukan lebih daripada 22,000 pembedahan sebelum bersara dari membuat pembedahan pada tahun 2006 dan telah memperoleh reputasi antarabangsa untuk kepakarannya dalam pembaikan injap. Dr. Cosgrove merupakan pakar bedah pertama untuk melengkapkan pembedahan injap mitral yang minimum invasif pada tahun 1996 dan memiliki 30 paten untuk inovasi perubatan.

Dr. Cosgrove ialah ahli National Academy of Medicine dan Felo National Academy of Inventors. Pada tahun 2016, beliau dinamakan Fortune Businessperson of the Year (No. 14). Pada tahun 2018, beliau menjadi penasihat kepada pasukan penjagaan kesihatan dan sains hayat Google Cloud. Tiga presiden Amerika Syarikat yang berturut-turut telah mendapatkan nasihat beliau tentang isu penjagaan kesihatan.

Dr. Cosgrove mengomen, “Saya amat teruja untuk menyertai pasukan InnovaHealth. Ini ialah firma ekuiti persendirian berkelayakan unik yang melabur dalam teknologi perubatan yang terbukti yang memajukan hasil klinikal, memudahkan pembedahan dan mengurangkan kos penghantaran penjagaan kesihatan. Ini merupakan aktiviti yang amat diperlukan dalam dunia penjagaan kesihatan dan pendekatan pelaburan InnovaHealth merupakan pendekatan yang menang-menang untuk pesakit, klinisian dan pelabur.”

Tentang InnovaHealth Partners
InnovaHealth Partners, LP yang berpangkalan di New York merupakan firma ekuiti persendirian pertumbuhan peralatan perubatan pakar utama. Pasukan InnovaHealth mengurus kira-kira $200 juta dan mempunyai lebih 100 tahun pengalaman pelaburan dalam pasaran teknologi perubatan global.

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Tiffany Cheynier, Pengurus, Hubungan Pelabur
InnovaHealth Partners, LP
T: 1.212.652.3550
F: 1.212.652.3544
E: tc@innovahp.com 
W: www.innovahp.com

SUMBER: InnovaHealth Partners

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment