Monday, December 23, 2019

IELTS DILANTIK SEMULA SEBAGAI UJIAN BAHASA YANG DIPERCAYAI OLEH KERAJAAN UK UNTUK VISA

CAMBRIDGE, UK, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Minggu ini, UK Visas and Immigration (UKVI) mengumumkan IELTS, ujian bahasa yang paling dipercayai dunia, akan terus diterima untuk visa UK yang memerlukan pemohon mendemonstrasikan bahasa Inggeris mereka.

Susulan proses tender, IELTS telah dilantik semula sebagai pembekal ujian rasmi untuk visa yang diperlukan sebagai sebahagian daripada permohonan imigrasi UK.

Christine Nuttall, Pengarah Urusan IELTS di Cambridge Assessment English mengalu-alukan pengumuman ini.

“Kami memiliki rekod prestasi yang terbukti bagi menyampaikan IELTS untuk UKVI dengan proses keselamatan utama dunia,” kata Ms Nuttall.

“Pengumuman ini merupakan bukti nilai berterusan dan dipercayai yang diletakkan pada IELTS oleh kerajaan United Kingdom dan pengambil ujian di seluruh dunia.”

“Kami teruja IELTS dapat terus menyediakan get laluan untuk orang yang ingin memenuhi aspirasi mereka di UK,” kata beliau.

Pelantikan semula ini menyerlahkan peranan yang dimainkan IELTS dalam ujian bahasa untuk imigrasi.

IELTS merupakan satu-satunya ujian dipercayai untuk tujuan penghijrahan oleh kesemua empat kerajaan UK, Australia, Kanada dan New Zealand.

IELTS untuk UKVI dan IELTS Life Skills boleh diambil di lebih 110 pusat merentasi rangkaian global IELTS.

Senarai semak visa Kerajaan UK menyediakan lebih banyak maklumat tentang ujian yang diluluskan dan keperluan.

IELTS telah menjadi ujian bahasa Inggeris utama dunia untuk lebih daripada 30 tahun dan dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

Perihal IELTS

International English Language Testing System (IELTS) merupakan ujian kemahiran bahasa Inggeris yang paling popular di dunia. Lebih 10,000 organisasi mempercayai IELTS sebagai penunjuk yang selamat dan boleh diharap bagi kemahiran bahasa Inggeris untuk pendidikan, imigrasi dan akreditasi profesional. IELTS dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

British Council merupakan organisasi antarabangsa UK untuk pendidikan dan perhubungan budaya, diwakili di lebih 100 negara dan komited untuk membina kepercayaan melalui pertukaran pengetahuan.

IDP: IELTS Australia ialah subsidiari IDP Education, menawarkan penempatan pelajar di Australia, Ireland, US, Kanada, New Zealand dan UK. IDP: IELTS Australia mengurus pusat ujian IELTS di lebih 60 negara.

Cambridge Assessment English merupakan penyedia ujian utama dunia untuk pelajar bahasa Inggeris, yang diambil oleh lebih 5 juta orang di 140 negara setiap tahun.

IELTS.org

Orang hubungan media

Stacie Bowers, British Council - stacie.bowers@britishcouncil.org

Gracie Daniel, IDP – gracie.daniel@idp.com

Steve McKenna, Cambridge Assessment English – mckenna.s@cambridgeenglish.org

SUMBER: IELTS

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment