Wednesday, December 25, 2019

INVICRO LLC MENGUMUMKAN DR MATTHEW SILVA SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU DAN DR. JACK HOPPIN DINAMAKAN PRESIDEN BAGI KONICA MINOLTA PRECISION MEDICINE



BOSTON, 24 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Invicro LLC, sebuah syarikat Konica Minolta, hari ini mengumumkan, Dr. Matthew Silva telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu. Dr. Silva akan memikul tanggungjawab kepimpinan hari-ke-hari bagi Syarikat itu dan akan menyertai Lembaga Pengarah Invicro, berkuatkuasa serta merta. Dr. Jack Hoppin, pengasas bersama bagi Invicro, akan beralih  peranan dari jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invicro kepada menjadi Presiden bagi Konica Minolta Precision Medicine (KMPM). Dr. Hoppin akan kekal di Lembaga Pengarah Invicro, serta terus berkhidmat di Lembaga KMPM.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191223005320/en/

Konica Minolta, Inc. memperoleh Invicro LLC dan Ambry Genetics Corporation pada September 2017 bagi mempercepatkan visi strategik mereka untuk mengubah perubatan diperibadikan melalui penyampaian perkhidmatan diagnostik melalui genetik, pengimejan dan keupayaan patologi digital. Konica Minolta Precision Medicine telah dirasmikan sebagai hasil daripada membawa ketiga-tiga entiti ini bersama.

“Ia adalah satu penghormatan yang ekstrem untuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invicro, sejak menubuhkan secara bersama syarikat itu pada tahun 2008,” kata Dr. Hoppin. “Ini adalah satu masa yang menarik buat Invicro, Ambry dan KMPM, kerana kami semua bekerjasama untuk menyokong komuniti penyelidikan perubatan menerusi platform teknologi AI bersepadu yang membolehkan ujian dan analisis tahap molekul menawarkan pandangan jauh untuk memajukan perubatan translasi.”

Dalam peranan baharu beliau, Dr. Hoppin akan berusaha untuk sinergikan syarikat-syarikat di bawah KMPM bagi membantu penaja farmaseutikal dan klinisian mempercepatkan pembangunan terapi-terapi sasaran melalui profil genetik dan molekul.

“Saya tidak sabar untuk melihat perjalanan seterusnya untuk KMPM dan Invicro,” kata Encik Kiyotaka Fujii, presiden bagi Konica Minolta Global Healthcare dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi KMPM. “Memandangkan KMPM terus menumpukan perhatian kepada merevolusikan penjagaan kesihatan peribadi melalui kekuatan Konica Minolta, Invicro dan Ambry, Jack akan memainkan peranan penting dalam mengetuai dan merealisasikan misi Konica Minolta Precision Medicine. Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa Matt akan beralih dengan lancar kepada peranan baharu beliau dan terus memimpin Invicro ke dalam kejayaan cemerlang yang baharu yang akan membantu memajukan penemuan dan pembangunan perubatan yang dapat mengubah hidup.”

Dr. Silva akan menjalankan misi strategik Invicro untuk menyokong penemuan ubat dan pembangunan komuniti. Invicro akan terus memanfaatkan pengimejan mereka yang terkemuka di dalam industri, kimia dan kepakaran analisis yang menjangkau penemuan melalui penyelidikan klinikal merentasi pelbagai bidang terapeutik, termasuk sistem saraf pusat, onkologi, penyakit yang jarang berlaku, dan penyakit sistemik yang lain. Di samping itu, Invicro akan terus melabur di dalam platform informatik data mereka, membolehkan pengurusan, visualisasi, dan analisis bagi data pengimejan patologi dan radiologi serta menjamin penjajaran dengan KMPM.

“Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jack kerana menerajui Invicro hingga mencapai kejayaan yang besar sehingga hari ini. Saya merasa terhormat, rendah diri dan sangat teruja untuk mengambil peranan baharu ini dan menjalankan misi itu,” kata Dr. Silva. “Ini merupakan masa yang menarik buat Invicro, ketika kami terus membuat kemajuan yang hebat dengan keupayaan perkhidmatan farmasi kami yang menawarkan pengimejan biopenanda, analisis lanjutan, kimia dan teknologi berinovatif, dan perkhidmatan makmal teras global. Terima kasih kepada pasukan Invicro yang berdedikasi dan penaja farmasi kami — kami bersama-sama membantu pembangunan ubat-ubatan baharu yang akan memperbaiki kehidupan pesakit yang memerlukan.”

Dengan 20 tahun pengalaman pengimejan yang pelbagai, Dr. Silva mula-mula menyertai Invicro pada tahun 2012 dan yang terbaharu adalah Naib Presiden Eksekutif bagi  Aplikasi Saintifik, di mana beliau mengetuai usaha strategik untuk mengembangkan pembangunan ubat onkologi klinikal dan ujian klinikal. Pengalaman industri farmasi Dr. Silva termasuk kedudukan saintifik dan kepimpinan di Vertex, Amgen, Millennium dan Takeda Pharmaceuticals. Dr. Silva memegang ijazah Ph.D. dan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Bioperubatan dari Worcester Polytechnic Institute.

Maklumat mengenai Invicro
Beribu pejabat di Boston, MA, Invicro telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan misi untuk meningkatkan peranan dan fungsi bagi pengimejan dalam penemuan dan pembangunan ubat translasi merentasi semua bidang terapeutik. Hari ini, pasukan pelbagai disiplin Invicro menyediakan penyelesaian kepada syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi merentasi semua peringkat bagi talian paip pembangunan ubat (Tahap 0-IV), semua modaliti pengimejan dan semua bidang terapeutik, termasuk neurologi, onkologi, dan sistemik dan penyakit yang jarang berlaku. Perkhidmatan biopenanda kuantitatif Invicro, analisis lanjutan dan peranti AI, dan perkhidmatan operasi klinikal disokong oleh platform informatik perisian Invicro yang terkemuka di dalam industri, VivoQuant® dan iPACS®.

Sebagai sebahagian daripada organisasi perubatan kepersisan Konica Minolta dan dengan syarikat keluarga (sister company) mereka Ambry Genetics, Invicro membangun dan memanfaatkan pendekatan terkini di dalam biopenanda kuantitatif termasuk pengimejan, patologi kuantitatif dan genomik. Untuk maklumat sila layari www.invicro.com.

Maklumat mengenai Konica Minolta Precision Medicine
Konica Minolta Precision Medicine, Inc. (“KMPM”) yang berpangkalan di Aliso Viejo, CA adalah sebuah anak syarikat milik Konica Minolta, Inc. yang merangkumi Ambry Genetics Corporation dan Invicro LLC. Ditubuhkan pada tahun 2018 di atas kepercayaan bahawa penemuan perubatan yang berinovatif dapat dilakukan dengan menumpukan usaha terhadap peta ekspresi kesihatan, bidang yang belum ditemui di antara kesan genetik dan kesan biologi seseorang individu, dan mengukur kesihatan yang boleh dinyatakan kuantitinya mengikut masa. Platform kecerdasan dan visualisasi kesihatan KMPM menyatukan set data yang paling novel dan pelbagai daripada gen, protein, sel dan tisu dengan analisis yang canggih dan kepakaran saintifik dan perubatan yang terkemuka di dunia, yang membolehkan penjagaan yang lebih preskriptif, proaktif dan pencegahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.KonicaMinoltaPrecisionMedicine.com

Maklumat mengenai Konica Minolta
Konica Minolta, Inc. (Konica Minolta) adalah sebuah syarikat teknologi digital global dengan kekuatan teras di dalam pengimejan dan analisis data, optik, bahan, dan pemfabrikatan nano. Melalui inovasi, Konica Minolta mencipta produk dan penyelesaian digital untuk kebaikan perniagaan dan masyarakat — hari ini dan untuk generasi akan datang. Merentasi Teknologi Perniagaan mereka, Penjagaan Kesihatan, dan perniagaan yang dihadapi oleh Industri, syarikat itu berhasrat untuk menjadi sebuah Penyedia Nilai Penting yang menggunakan kepakaran mereka yang lengkap untuk menawarkan penyelesaian komprehensif kepada masalah pelanggan yang paling mendesak, bekerjasama dengan rakan-rakan untuk memastikan penyelesaian itu mapan, menjangkakan dan menangani isu-isu pada hari esok, dan menyesuaikan setiap penyelesaian untuk memenuhi keperluan yang unik dan khusus bagi pelanggan mereka yang dihargai. Memanfaatkan keupayaan ini, Konica Minolta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan perubahan aliran kerja untuk pelanggan mereka dan menyediakan penyelesaian perkhidmatan yang canggih dalam era IoT. Beribu pejabat di Tokyo dan mempunyai operasi di lebih daripada 50 buah negara, Konica Minolta mempunyai lebih daripada 43,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira dua juta pelanggan di lebih 150 buah negara. Konica Minolta disenaraikan di Bursa Saham Tokyo, (TSE4902). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.konicaminolta.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12946

No comments:

Post a Comment