Monday, August 27, 2018

​VISTAJET MENAMBAH BINTANG MICHELIN PADA FESTIVAL PERTENGAHAN MUSIM LURUH DENGAN HIDANGAN KANTONIS DALAM PESAWAT OLEH DUDDELL'S


VistaJet menjemput restoran Hong Kong pemenang anugerah untuk mencipta semula menu masakan yang indah untuk penumpang yang merayakan musim perayaan di udara
  • Menu Perayaan Pertengahan Musim Luruh khas bagi penerbangan dari Hong Kong dan London pada bulan September
  • Kuih bulan buatan tangan dibalut dalam seni ilham tradisi oleh pelukis Chu Hing Wah
  • Para tetamu juga boleh menikmati menu pilihan VistaJet di destinasi restoran Duddell’s di Hong Kong dan London

HONG KONG, 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan satu-satunya, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Duddell’s, masakan berbintang Michelin, destinasi kebudayaan dan sosial di Hong Kong.  Duddell’s  dan VistaJet akan berganding bersama untuk mencipta menu dalam penerbangan yang eksklusif dan kuih bulan edisi terhad untuk meraikan Perayaan Pertengahan Musim Luruh Cina yang akan datang.  Makanan istimewa ini tidak terhad kepada penerbangan - tetamu juga akan dapat menikmati menu VistaJet pada bulan September di restoran Duddell’s di Hong Kong dan London, yang menawarkan hidangan kegemaran Kantonis klasik dalam seting seni halus dan menawan.

Kuih bulan dengan kastard krim dambaan Duddell’s juga akan dapat dinikmati di luar restoran Hong Kong buat pertama kali. Hidangan istimewa ini didatangkan dalam kotak hadiah dan beg edisi terhad yang menampilkan hasil seni oleh pelukis Hong Kong terkenal Chu Hing Wah. Hasil kerja seni ini diilhamkan oleh sambutan lalu artist ini bersama keluarga beliau sendiri di Yuen Long. Pilihan warna yang pelbagai daripada Chu Hing Wah melambangkan keseronokan yang dibawa semasa pertemuan, kegembiraan Perayaan Pertengahan Musim Luruh serta dan suasana perayaan sebenar.

Tawaran perayaan eksklusif didedikasikan untuk semua Ahli VistaJet menghargai pengalaman bersantap yang baik dan mencari cara yang baik untuk meraikan percutian. Menu bermusim untuk penerbangan berlepas dari Hong Kong terdiri daripada sup ayam hitam renih berganda dengan rempah qi zi dan perut ikan, hidangan yang kaya dan berkhasiat dengan kolagen daripada perut ikan, dan makanan istimewa Kantonis abalon Afrika ditumis 5 kepala dengan cendawan shiitake dalam sos abalone hebat distu hingga masak sempurna dengan haba sederhana selama sembilan jam. Duddell's di London juga akan turut menampilkan menunya sendiri untuk penerbangan berlepas dari kota itu, termasuk hidangan kegemaran orang Eropah dan hidangan pelbagai wilayah.

No comments:

Post a Comment