Wednesday, August 1, 2018

EKSPO IE GUANGZHOU 2018, PAMERAN ALAM SEKITAR TERBESAR DI CHINA SELATAN, AKAN BERMULA PADA SEPTEMBER

SHANGHAI, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo IE Guangzhou 2018, sebuah anggota IFAT global dan pameran sampingan bagi ekspo IE China, bakal diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport China (Kompleks Pameran Canton) di Guangzhou, China pada 18 hingga 20 September 2018.

Sebagai pameran alam sekitar yang terbesar di China Selatan, ekspo IE Guangzhou 2018 akan terus dipertingkatkan dari segi skala pameran dan perkhidmatan. Lebih 500 perusahaan dan 30,000 pelawat profesional dijangka berkumpul di ruang pameran seluas 35,000m2, di mana satu rantaian penuh pempamer akan mempamerkan lebih banyak teknologi berinovatif dan penyelesaian alam sekitar yang mampan.

6 alasan untuk memilih ekspo IE Guangzhou

• Ia telah mewarisi kualiti rancangan induk IFAT mereka, pelopor dunia bagi pameran alam sekitar di Jerman, dan pengalaman tempatan bagi ekspo IE China yang telah berlangsung selama 19 tahun. Di samping itu, ia disokong sepenuhnya oleh Persatuan Guangdong bagi Industri Perlindungan Alam Sekitar, yang telah memberikan impak yang besar di China Selatan sejak tiga dekad yang lalu.

• Sebagai pameran alam sekitar terbesar di China Selatan, ia meliputi 5 bidang, iaitu rawatan air dan kumbahan, pengurusan sisa, kawalan pencemaran udara, pemulihan tanah dan pemantauan alam sekitar.

• Ia adalah platform yang ideal untuk mempelajari trend industri, dasar-dasar alam sekitar dan teknologi perbatasan, di mana lebih 20 forum alam sekitar akan diadakan.

• Ini adalah tempat perhimpunan bagi perusahaan terkemuka di dunia di dalam industri di mana peluang perniagaan menanti anda.

• Ia menarik pembeli profesional dari pelbagai sektor termasuk jabatan kerajaan, institusi penyelidikan, syarikat kejuruteraan, penjagaan kesihatan dan syarikat farmaseutikal, makanan & minuman, petroleum, pembuatan kertas, tekstil, dan sebagainya.

• Ia menyediakan publisiti media bagi pempamer melalui pelbagai saluran, termasuk hampir 100 saluran media, laman web rasmi mereka, media baharu dan promosi di tapak.

Tahun ini semasa pameran itu, Persidangan Teknologi Inovasi Persekitaran Eko China Selatan akan diadakan untuk mengumpulkan lebih ramai profesional industri dan menyediakan lebih banyak peluang bagi industri alam sekitar. Dengan memberi tumpuan kepada persekitaran ekologi dan industri perlindungan alam sekitar di China Selatan, persidangan itu akan mengundang pemimpin-pemimpin kerajaan, wakil persatuan-persatuan alam sekitar, pakar-pakar alam sekitar, dan pemimpin-pemimpin perusahaan di dalam dan di luar negara, dan mengadakan lebih daripada 20 forum yang berkualiti tinggi untuk mewujudkan suatu perayaan bagi kelompok alam sekitar!

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11287

No comments:

Post a Comment