Wednesday, August 1, 2018

TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO BERARUS TINGGI DALAM PAKEJ DIP4

• Mempunyai ciri-ciri rintangan berkeadaan ON yang rendah dan penarafan arus berkeadaan ON yang tinggi untuk kegunaan yang lebih mudah

TOKYO, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan dua geganti foto berarus tinggi yang baharu yang direka dengan menggunakan proses semikonduktor U-MOS IX terkini. Kedua-dua peranti kini dihantar dalam kuantiti pengeluaran.

Peranti "TLP3553A" dan "TLP3555A" yang baharu itu mempunyai ciri-ciri penarafan voltan terminal output berkeadaan OFF 30V dan 60V, dan penarafan arus berterusan berkeadaan ON 4A dan 3A — lebih tinggi daripada produk generasi yang terdahulu. TLP3553A mempunyai ciri-ciri rintangan berkeadaan ON yang rendah yang hanya 50mΩ (maksimum) yang adalah kurang daripada geganti mekanikal biasa (kira-kira 100mΩ). Ini memastikan bahawa kerugian operasi dapat dikekalkan pada tahap minimum.

Dengan penarafan arus berkeadaan ON mereka yang tinggi, produk baharu itu juga boleh menggantikan geganti mekanikal 1-Form-A yang lazim digunakan di dalam aplikasi perindustrian. Menggantikan geganti mekanikal dengan geganti foto membantu meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan mengurangkan ruang yang diperlukan untuk geganti dan pemacu geganti. Geganti foto dinilai untuk operasi pada suhu di antara -40 ºC dan 110ºC, menjadikannya mudah untuk mencapai margin termal dalam reka bentuk.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11289

No comments:

Post a Comment