Thursday, August 9, 2018

Belmond kaji semula alternatif strategik untuk tingkat nilai pemegang saham

KUALA LUMPUR,  9 Ogos (Bernama) -- Belmond Ltd yang mempunyai 46 hotel mewah, restoran, kereta api serta aset pelayaran persiaran sungai dan beroperasi di 24 negara, hari ini mengumumkan telah memulakan kajian semula komprehensif bagi alternatif strategik untuk meningkatkan nilai pemegang saham.

Kajian semula itu melibatkan pelbagai alternatif strategik, operasi dan kewangan yang tersedia untuk syarikat itu, termasuk kemungkinan melibatkan penjualan, kata Pengerusi Roland Hernandez.

"Kami telah membuat kemajuan yang penuh bermakna ke arah matlamat strategik jangka panjang kami, termasuk pendapatan yang semakin meningkat, meningkatkan kesedaran jenama, dan memperluaskan kehadiran global kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga pengarah telah mendapatkan khidmat Goldman Sachs & Co. LLC dan J.P. Morgan Securities LLC sebagai penasihat kewangan dan Weil, Gotshal & Manges LLP sebagai penasihat undang-undang untuk membantu di dalam kajian semula itu, katanya.

Tiada jaminan yang boleh  diberikan  mengenai kesudahan  hasil atau masa bagi proses kajian semula itu, katanya dan menambah bahawa syarikat berkenaan tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan umum seterusnya berhubung kajian semula itu sehingga selesai atau menentukan pendedahan diperlukan atau memberi manfaat.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari http://investor.belmond.com/

No comments:

Post a Comment