Tuesday, August 7, 2018

PENGANGKUTAN KANADA MENGIKTIRAF KONFIGURASI KABIN 90 TEMPAT DUDUK UNTUK PESAWAT Q400 BOMBARDIER


Pelanggan pada pelancaran, SpiceJet dari India akan menjadi syarikat penerbangan pertama yang menikmati keuntungan daripada kapasiti turboprop yang lebih tinggi

TORONTO, 2 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier hari ini mengumumkan bahawa konfigurasi pesawat Q400 dengan 90 penumpang telah menerima pengiktirafan daripada Pengangkutan Kanada sekaligus menjadi pesawat turboprop komersial pertama dalam pembuatan yang mencapai kapasiti tersebut.

“Dengan jumlah penumpang bagi pelepasan yang semakin meningkat dalam pasaran turboprop, kami gembira untuk menawarkan konfigurasi kapasiti lebih besar dan kos 15 peratus lebih rendah berbanding Q400 standard sebelum ini, yang mampu membawakan lebih keuntungan untuk syarikat penerbangan,” kata Todd Young, Ketua Program Pesawat Siri Q, Pesawat Komersial Bombardier. “Pengiktirafan ini menunjukkan -- sekali lagi-- bahawa turboprop Q400 serba boleh dan unik serta mempamerkan komitmen kami yang berterusan terhadap perkembangan program ini.

“Pada penggunaannya lewat tahun ini, pelanggan pelancaran kami, SpiceJet akan menjadi syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan operasi pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk yang berkesan dan menguntungkan. Mereka telah memesan sehingga 50 buah pesawat pada tahun 2017,” tambah En. Young.

Digabungkan dengan keluwesan unik pesawat Q400 yang membolehkan penjadualan lebih berkesan, penyelesaian segmen baharu ini memenuhi permintaan tinggi daripada pasaran turboprop dan bakal meningkatkan rangkaian ekonomi antara bandar-bandar kecil dan hab-hab utama.

Konfigurasi 90 tempat duduk menandakan usaha berterusan Bombardier untuk menambah baik pesawat Q400, yang bertujuan untuk menghadapi peningkatan trafik dan menambah pendapatan daripada pelanggan. Penambahbaikan lain di bawah usaha tersebut termasuklah penambahan kapasiti muatan sebanyak 907 kg dan peningkatan selang Semakan-A dan Semakan-C daripada 600/6,000 hingga 800/8,000 jam penerbangan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11307

No comments:

Post a Comment