Tuesday, August 28, 2018

Giant rai ulang tahun, kemerdekaan dengan 'kisah gergasi kecil'

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Rangkaian hypermarket keluarga terkemuka, Giant, meraikan ulang tahunnya yang ke-74 dan Hari Kebangsaan tahun ini dengan kisah-kisah peribadi kakitangan dan pelanggannya yang mencuit hati.

Kempen 'Kisah Gergasi Kecil' tersebut turut memaparkan Giant sebagai jenama isi rumah di kalangan rakyat Malaysia, serta peranannya sebagai salah satu majikan terbesar di negara ini.

Antara yang diketengahkan ialah kisah kehidupan dan perkembangan kerjaya para pekerjanya.

Salah seorang daripadanya adalah K. Malathy, ibu tunggal untuk dua orang anak yang menceritakan peringkat awal perjalanan kerjayanya dengan Giant dimana beliau turut membuat pelbagai pekerjaan lain untuk tambahan saraan bagi keluarganya.

"Apabila saya memulakan kerjaya di Giant, saya turut mengambil upah membersihkan rumah di hari-hari cuti saya untuk menyara keluarga. Sekarang saya mempunyai tiga rumah, dua darinya saya sewakan.

"Banyak orang memandang rendah pada saya pada masa itu. Dua puluh enam tahun dengan Giant, saya benar-benar merasakan bahawa saya tidak akan berjaya dalam kehidupan tanpa sokongan dan peluang di Giant," kata Malathy.

Giant, dalam kenyataannya berkata: "Cawangan-cawangan kami wujud hampir di setiap komuniti di seluruh negara dan dengan 74 tahun pengalaman di pasaran tempatan, tidak hairanlah setiap daripada kita mempunyai cerita 'Giant' yang unik untuk dikongsikan, terutamanya mereka yang merupakan sebahagian daripada keluarga Giant kami."

Baca lebih lanjut 'Kisah Gergasi Kecil' atau 'Little Giant Stories' dan tonton video kompilasi berkaitan di https://www.giant.com.my/littlegiantstories/

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment