Tuesday, August 28, 2018

AIR CANADA MEMPERLUASKAN KEUPAYAAN PENGEDARAN PRODUKNYA DENGAN SAMBUNGAN NDC EXCHANGE

NDC Exchange membolehkan Syarikat Penerbangan Menyambung Terus ke Ekosistem Pengedaran Baharu

DULLES, Va., 27 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ATPCO dan SITA hari ini mengumumkan bahawa pelanggan pelancaran Air Canada memproses urus niaga pengeluaran NDC (New Distribution Capability-Kemampuan Pengedaran Baharu) pertamanya melalui NDC Exchange, platform yang mempermudahkan penggunaan standard NDC Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa - International Air Transport Association’s (IATA).

NDC adalah standard baharu yang bertujuan untuk membolehkan industri pelancongan mengubah cara perkhidmatan dijual kepada syarikat serta pelancong mewah dan pelancong perniagaan. Standard ini memberikan pembezaan produk yang lebih besar, masa ke pasaran lebih cepat, akses kepada kandungan penuh dan kaya dan menyampaikan pengalaman membeli-belah yang lebih telus.

NDC Exchange merupakan platform komuniti yang memudahkan kesambungan masa nyata antara syarikat penerbangan dan penjual (GDS, ejen pelancongan, pengagregat, OTA, CBT dan TMC) supaya mereka boleh bertukar-tukar mesej dengan mudah dan jimat kos. NDC Exchange menyokong aliran kerja membeli-belah, tempahan, dan perkhidmatan dan membolehkan jualan silang perkhidmatan sampingan antara syarikat penerbangan, dan syarikat penerbangan dan penjual. Ia menormalkan mesej tanpa mengira versi atau format, mewujudkan keupayaan saling kendali di seluruh ekosistem pengedaran. Penjual pelancongan boleh mengakses berbilang syarikat penerbangan melalui NDC Exchange, dengan itu mengurangkan kos pelaksanaannya.

“Hal ini cepat menjadi jelas kepada kami bahawa NDC Exchange adalah sesuai bagi Air Canada,” kata Keith Wallis, Pengarah Pengedaran Produk Global untuk Air Canada. “Ia dibina oleh rakan-rakan industri yang kita kenal dan percayai, dan ia membolehkan kita bekerjasama dengan berbilang penjual melalui satu sambungan. NDC Exchange membolehkan Air Canada berinovasi dan dapat memasarkan dengan cepat.”

Air Canada dapat melaksanakan sambungan serentak ke pelbagai penjual menggunakan NDC Exchange, termasuk Verteil Technologies, Innfinity Software Systems, Zeno by Serko, dan Atriis Technologies. Ini menunjukkan kesederhanaan dan kebolehskalaan NDC Exchange dalam keadaan dunia sebenar.

“Perkara yang menjadi panduan kami adalah usaha bagi membolehkan pelanggan kami memastikan produk mereka dipasarkan dengan lebih cepat secara yang paling sesuai untuk mereka” kata Graham Wareham, Pengarah Produk & Penyelesaian untuk ATPCO. “Memandangkan NDC terus mendapat daya tarikan dalam industri ini, ATPCO akan menyediakan penyelesaian yang kos efektif dan membolehkan pelanggan kami menggabungkan saluran pengedaran baharu dengan berkesan ke dalam model perniagaan mereka.”

RenĂ© Fourel, Naib Presiden Perkhidmatan Pemesejan dan Data di SITA berkata: “Dalam dunia digital hari ini, pengguna terbiasa dengan pengalaman runcit yang lebih langsung dan fleksibel, dan ia sepatutnya tidak berbeza dengan pelancongan. Melalui NDC Exchange, syarikat penerbangan seperti Air Canada boleh bergerak lebih dekat dengan rakan pengedaran mereka dengan memudahkan dan meningkatkan hubungan NDC mereka dengan cara yang kos efektif.”

NDC Exchange telah menyaksikan minat industri yang mantap, dengan peserta awal Airlines Reporting Corporation (ARC) menyediakan sokongan penyelesaian dan Routehappy by ATPCO menjanakan keupayaan kandungan yang kaya bagi meningkatkan perdagangan. NDC Exchange telah mendapat pensijilan Tahap 3 NDC, tahap tertinggi pensijilan yang ditawarkan oleh IATA.

Nota kepada Editor:

Tentang ATPCO

Kedudukan yang unik di tengah-tengah ekosistem pengedaran syarikat penerbangan, ATPCO membolehkan pengurusan lancar data tambang udara yang menjadikan seluruh industri kami berjalan lebih cekap. Kami memegang lebih daripada 189.6 juta tambang untuk 439 syarikat penerbangan di 160 buah negara dan menguruskan purata 5.3 juta perubahan tambang harian. Kerana ATPCO dimiliki oleh syarikat penerbangan, kami berfungsi sebagai rakan kongsi yang neutral dan dipercayai untuk syarikat penerbangan kami dengan agensi pelancongan, enjin carian, sistem pengedaran global, kerajaan, dan banyak rakan industri lain. Setiap hari, organisasi ini bergantung kepada kepimpinan pemikiran dan portfolio teknologi dan penyelesaian data kami untuk membantu berjuta-juta pelancong sampai ke tempat mereka perlu pergi. Ketahui lebih lanjut tentang kami di atpco.net.

Tentang SITA

SITA adalah penyedia penyelesaian komunikasi dan IT yang mengubah perjalanan udara melalui teknologi untuk syarikat penerbangan, di lapangan terbang dan pesawat. Portfolio syarikat itu meliputi segala-galanya daripada komunikasi global diuruskan dan perkhidmatan infrastruktur, kepada penyelesaian eAircraft, pengurusan penumpang, bagasi, layan diri, lapangan terbang dan pengurusan sempadan. Dimiliki 100% oleh lebih daripada 400 ahli industri pengangkutan udara, SITA mempunyai pemahaman yang unik terhadap keperluannya dan memberi penekanan yang kuat terhadap inovasi teknologi.

Hampir setiap syarikat penerbangan dan lapangan terbang di dunia berurus niaga dengan SITA dan penyelesaian pengurusan sempadannya digunakan oleh lebih daripada 30 buah kerajaan. Dengan kehadiran di lebih daripada 1,000 lapangan terbang di seluruh dunia dan pasukan perkhidmatan pelanggan seramai 2,000+ kakitangan, SITA memberikan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada lebih daripada 2,800 pelanggan di lebih daripada 200 buah negara.

Pada tahun 2017, SITA mempunyai hasil disatukan sebanyak US$1.6 bilion. Anak-anak syarikat dan usahasama SITA termasuk SITAONAIR, CHAMP Cargosystems dan Aviareto. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke www.sita.aero

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11352

No comments:

Post a Comment