Tuesday, March 22, 2016

LEMBAGA PENGARAH SEYCHELLE MENGUMUMKAN BAHAWA IA TELAH MELUCUTKAN ENCIK CARL PALMER DARIPADA SEMUA TUGAS OPERASI BELIAU DAN TELAH MENYUSUN SEMULA OPERASI SYARIKAT ITU, BERKUAT KUASA SERTA MERTA

SAN JUAN CAPISTRANO, Calif. 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Seychelle Water Filtration Products, sebuah DBA bagi Seychelle Environmental Technologies, Inc. (Seychelle atau Syarikat itu) (OTCQB: SYEV), sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan, pemasangan dan penjualan proprietari botol penapisan air mudah alih telah membuat beberapa pengumuman hari ini. Pertama, Lembaga Pengarah Seychelle telah melucutkan Encik Carl Palmer daripada semua tugas operasi beliau dengan Syarikat itu, berkuatkuasa serta merta. Walau bagaimanapun, Encik Palmer kekal sebagai seorang Pengarah. Keputusan oleh Lembaga ini adalah hasil daripada rasa tidak puas hati mereka dengan prestasi masa lampau Encik Palmer berhubung operasi  berterusan dan hubungan dengan pelanggan dan pekerja.

Kedua, berkuatkuasa serta merta, Seychelle telah membuat perubahan operasi seperti berikut. Encik James Place telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, serta terus memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan sebagai Pengarah. Cik Elise Eggett mengekalkan kedua-dua jawatan beliau sebagai Pengawal Korporat dan Pengarah serta kekal sebagai Pengurus Perhubungan Manusia. Di samping itu, Seychelle akan mendapatkan seorang eksekutif kanan baharu untuk menjalankan tugas operasi pengeluaran harian serta seorang individu tambahan untuk membantu dalam usaha itu. Kedua-dua eksekutif kanan yang baharu itu dan Cik Eggett akan melaporkan kepada Encik Place, sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Seychelle. Di samping itu mungkin terdapat juga perubahan operasi tambahan pada masa hadapan.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8811

No comments:

Post a Comment