Wednesday, March 23, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN "PAMERAN MENGALAMI GUNUNG FUJI DAN BUNGA SAKURA"

Melahirkan Kecantikan Jepun melalui Lakuer, Fotograf dan Kesenian Gambar Kertas Jepun

TOKYO, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas bertajuk "Pameran Mengalami Gunung Fuji dan Bunga Sakura" yang memaparkan pelbagai lakuer, fotograf dan kesenian gambar kertas Jepun pada April, 2016. Di samping itu, 11 buah restoran di hotel itu akan menyediakan kepada tetamu dengan makanan yang disediakan khas yang menggambarkan tema ketibaan musim bunga melalui imej Gunung Fuji dan bunga sakura. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, satu pelan penginapan khas termasuk penginapan semalaman dan satu hidangan khas makan malam SAKURA yang menggabungkan makanan tradisional Jepun sushi, tempura dan shabu-shabu akan dihidangkan kepada pengunjung luar negara.

30 barangan kesenian lakuer yang dipadankan dengan Gunung Fuji dan bunga sakura yang menggabungkan teknik lakuer dan bertatahkan emas, dan dibuat oleh artis lakuer yang menggayakan Wajima - Katsuhiko Urade dan Yuji Tomoda, dan 20 gambar Gunung Fuji dan  bunga sakura dari koleksi Muzium Kesenian Kawaguchiko akan dipaparkan. Di samping itu, 10 barang kesenian gambar kertas Jepun yang direka halus yang menggambarkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura juga akan dipaparkan. Pameran itu adalah satu acara percuma yang dianjurkan di lobi yang dibuka kepada kesemua pengunjung.
Di samping itu, 11 buah restoran dan ruang istirehat di Keio Plaza Hotel termasuk restoran masakan Jepun, Perancis & Itali, Cina dan Korea akan menyediakan menu-menu khas yang melambangkan ketibaan musim bunga dan mencerminkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura. 

No comments:

Post a Comment