Wednesday, March 23, 2016

KUIS PILIHAN UTAMA PELAJAR LEPASAN SPM, STAM DAN STPM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam di Malaysia yang telah bertapak di Selangor selama 21 tahun. KUIS sentiasa komited untuk menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pusat penyelidikan terbaik yang menekankan Islam sebagai cara hidup (Ad-Deen).

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat sehenti (one-stop-centre) perkhidmatan pengajian tinggi di rantau Asia, KUIS mengorak langkah dengan penuh yakin untuk menjadi pilihan utama bagi calon pelajar tempatan dan antarabangsa. Pelbagai persiapan telah dan sedang dilaksanakan oleh KUIS melibatkan proses memperkasakan falsafah pendidikannya, memperbanyakkan program akademik berkualiti tinggi, meningkatkan kepakaran pensyarah serta menyediakan prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mencukupi dalam menuju sebuah universiti pada masa terdekat.


No comments:

Post a Comment