Friday, May 7, 2021

SEASUN BIOMATERIALS MEMBEKALKAN SISTEM DIAGNOSTIK MOLEKUL PANTAS COVID-19 DI TAPAK KE KAMPUS UNIVERSITI NASIONAL SEOUL

 


Table
 

Sistem 4S SEASUN BIOMATERIALS, sebuah sistem diagnostik molekul COVID-19 sehenti yang terletak di kampus Universiti Nasional Seoul. (Foto: Business Wire)


- SISTEM PERISAI PINTAR SEASUNBIO ‘4S’ telah dilancarkan di kampus SNU sebagai pusat diagnostik COVID-19 bergerak yang pertama di Korea

DAEJEON, Korea Selatan, 7 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SEASUN BIOMATERIALS (Ketua Pegawai Eksekutif: Park Heekyung), sebuah syarikat diagnostik molekul telah menjadikan sistem diagnostik molekul mereka ‘4S’ (SISTEM PERISAI PINTAR SEASUNBIO) tersedia di kampus Universiti Nasional Seoul (SNU) selepas pelancarannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210504005599/en/

Sistem diagnostik di tapak 4S itu adalah sebuah makmal molekul bergerak yang dilengkapi dengan bilik tekanan negatif dan peralatan berkuasa sendiri untuk diagnostik molekul yang bertujuan bagi pemeriksaan molekul pantas dan pencegahan penyakit berjangkit seperti COVID-19. Keseluruhan prosedur itu bagi diagnostik COVID-19 mengambil masa kurang dari 1 jam yang terdiri daripada mengisi satu soal selidik ringkas, pengumpulan sampel, pengekstrakan asid nukleik, pengesanan molekul dan pengiriman hasil laporan ke telefon bimbit pelanggan.

Sejak Januari 2021, AQ-TOP Plus SEASUN BIOMATERIALS telah digunakan untuk pengesanan COVID-19 di ‘Pusat Ujian COVID-19’ yang diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN). Hasil ujian itu dilaporkan dalam masa 2 jam di ICN. Penumpang dan kakitangan ICN sangat berpuas hati dengan prosedur AQ-TOP Plus yang pantas dan tepat itu.

SEASUN BIOMATERIALS mempunyai dua (2) platform diagnostik bagi diagnostik COVID-19, siri U-TOP COVID-19 dan AQ-TOP COVID-19. Siri U-TOP COVID-19 bertujuan untuk pemeriksaan terperinci yang secara serentak membezakan mutasi gen S selain pemeriksaan selari bagi empat (4) gen SARS-CoV-2. Siri AQ-TOP COVID-19 bertujuan untuk satu ujian titik penjagaan pantas yang dioptimumkan bagi diagnostik lapangan yang memerlukan ketepatan tinggi dalam satu masa ujian yang singkat.

Semua produk berkaitan COVID-19 bagi SEASUN BIOMATERIALS yang digunakan di dalam sistem 4S telah diluluskan secara rasmi oleh MFDS, diperakui ‘Jenama K’, penandaan CE-IVD dan dibenarkan di bawah EUA dari FDA Amerika Syarikat, dan telah dieksport secara global sejak gelombang pertama pandemik itu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seasunbio.com dan https://youtu.be/QP6Tu9vy8Xk.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210504005599/en/

Hubungi

SEASUN BIOMATERIALS
Sunny, KIM
seasunbio@seasunbio.com

Sumber : SEASUN BIOMATERIALS

No comments:

Post a Comment