Thursday, May 6, 2021

AEON RAI PEMENANG PERADUAN SPEND & WIN

Pemenang Sesi Pertama Membawa Pulang Perodua Axia dan Motosikal Modenas


JOHOR BAHRU, 5 Mei (Bernama) -- Dua pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah utama peraduan Spend & Win berbentuk sebuah kereta Perodua Axia dan motosikal Modenas anjuran AEON CO. (M) BHD.

Menurut Pengurus Kanan AEON Wilayah Selatan, Meszakini Maserom, peraduan Spend & Win ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada AEON.

Ujar beliau lagi, penyertaan adalah terbuka kepada para pelanggan AEON yang membeli-belah di semua cawangan AEON Retail, AEON Mall, AEON BiG dan penyewa-penyewa ruang niaga AEON.

Pelanggan layak menyertai program ini dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit. Ia juga boleh disertai melalui pembelian atas talian dengan jumlah pembelian RM150 ke atas dalam satu resit. Program Spend & Win menawarkan pelbagai hadiah seperti kereta, motosikal, barang kemas, barangan elektronik dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM500,000”, tambah Meszakini.

Majlis penyerahan hadiah program Spend & Win @Johor yang diadakan di AEON Mall, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru pada 1 Mei lalu merupakan sesi yang pertama. Dua hadiah utama dimenangi oleh Haziq Abd Ghaffar dan Lew Hui Ching yang masing-masing membawa pulang Perodua Axia 1.0 AV dan motosikal Modenas CT1155. Sementara itu, seramai enam orang pemenang saguhati turut membawa pulang hadiah berupa barangan kemas Tomei, Gintell dan telefon mudah alih jenama Oppo A93.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Johor Darul Ta’zim dan Puan Zeti Zanariah Masiran, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Zon Setia Austin dan Mount Austin. Turut hadir di majlis tersebut ialah Tuan Hj. Miswan Yunus, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru.

AEON akan mengumumkan lima lagi pemenang hadiah utama di lima lokasi yang berlainan di mana peserta yang menyertai program Spend & Win masih berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kenderaan, sebuah motosikal dan hadiah-hadiah menarik yang lain.

Program Spend & Win yang bermula pada 23 Disember 2020 ini akan berakhir pada 19 September 2021. 

Mengenai AEON

AEON CO. (M) BHD. adalah Kedai Barangan Serbaneka dan Rangkaian Pasar Raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 Outlet AEON, 9 Pasaraya MaxValu Prime, 66 AEON Wellness dan 44 Daiso di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. Rangkaian pasar raya AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah.

AEON BIG (M) SDN BHD kini mengendalikan 22 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BIG" di Malaysia. Ia menawarkan PILIHAN BESAR, dengan NILAI HEBAT. Pengambilalihan AEON BIG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi Asean.

Berpandukan kepada falsafah "Pelanggan Didahulukan", pemahaman syarikat yang mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran yang dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON melangkau jangkaan pelanggannya dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali berbelanja. Semangat yang terpahat ke atas nama AEON yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, AEON terus berusaha untuk berkolaborasi dengan pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan masyarakat setempat untuk mewujudkan peluang masa hadapan tanpa batasan.

AEON turut memperjuangkan enam Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) yang memfokuskan kepada Manusia (SDG 3, SDG 4 dan SDG 8), Alam Sekitar (SDG 12, SDG 15) dan Keamanan (SDG 16). Sejajar dengan matlamat-matlamat ini, falsafah transformasi AEON yang menjadi panduan kami merangkumi tiga bidang utama iaitu MANUSIA, PLANET dan KEAMANAN.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14521


No comments:

Post a Comment