Saturday, May 29, 2021

SEA ELECTRIC MEMPERLUAS KEHADIRAN DUNIA MENERUSI PERTAMBAHAN PASUKAN PENGURUSAN GLOBAL DAN PERSEMBAHAN BERTENAGA DI PERTUNJUKAN TRAK BRISBANE

Penampilan Awam Pertama daripada Rangkaian Penuh Trak Berjenama SEA Electric Telah Menetapkan Rangka Kerja untuk Pertumbuhan Syarikat dalam Pengelektrikan Global

LOS ANGELES, 28 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Pertunjukan Trak Brisbane baru-baru ini (13-16 Mei, Pusat Konvensyen & Pameran Brisbane, Brisbane Selatan, Australia) menyaksikan kehadiran penting syarikat teknologi automotif global SEA Electric yang telah membuat penampilan awam pertama rangkaian penuh trak elektrik sedia dikendalikan yang menggunakan sistem kuasa SEA-Drive® proprietari, penjenamaan SEA Electric yang baharu dan pengumuman tentang kepimpinan global senior yang mengambil alih teraju syarikat di seluruh rantau Asia Pasifik.

Pelantikan Bill Gillespie sebagai presiden Asia Pasifik dan kenaikan pangkat Glen Walker sebagai naib presiden Asia Pasifik telah membawa kepakaran industri pengangkutan dan kenderaan elektrik antarabangsa ke rantau tersebut pada ketika pertumbuhan SEA Electric sedang berlaku di seluruh dunia. Berikutan pelaburan berjumlah US $42 juta baru-baru ini, SEA Electric membawa penyelesaian dan peluang pengelektrikan ke hampir semua pelusuk dunia, dan di Amerika Syarikat, syarikat tersebut telah menambahkan kapasiti pemasangan lanjutan, yang mencipta potensi semasa sebanyak kira-kira 60,000 unit setahun. Pemasangan A.S. selanjutnya, termasuk dalam aspek bateri, dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurut Presiden dan Pengasas SEA Electric Tony Fairweather, SEA Electric bukan hanya mencipta penyelesaian penghantaran kos rendah, tetapi juga telah membangunkan sistem kuasa voltan sederhana/ringan dengan hasil prestasi yang melebihi padanan enjin pembakaran dalaman yang sama penting. “Trak berjenama SEA kami – termasuk SEA 300 dan SEA 500 di Australia – datang daripada kit Semi Knock-Down OEM, menambahkan lebih kecekapan untuk diserahkan kepada pangkalan pelanggan kami sementara menyokong perkembangan pesat OEM dalam segmen ini,” kata Fairweather.

Peranan kepimpinan baharu Gillespie membolehkan beliau untuk meneruskan momentum syarikat, yang terus berkembang di seluruh dunia. “Produk yang dipamerkan di Brisbane telah menetapkan rangka kerja bagi SEA Electric untuk menyertai pengedaran dan pengangkutan OEM dengan lancar, memberikan pilihan pengelektrikan yang baharu dan dikuasakan semula,” kata Gillespie. Tiga model trak EV saiz sederhana semasa dijual melalui sedozen pengedar yang sah di Australia, manakala lebih daripada 220 pengedar A.S. tersedia untuk menyokong keperluan pasaran Amerika Utara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14587

No comments:

Post a Comment