Friday, May 21, 2021

MENGESAN PERKEMBANGAN BAGI SISTEM KUASA BAHARU DI DELTA SUNGAI YANGTZE, TEROKAI LANGKAH-LANGKAH OLEH CHINA DI DALAM PENGHIJAUAN DAN PENGURANGAN KARBON

 


Table

Mengesan perkembangan bagi sistem kuasa baharu di Delta Sungai Yangtze, terokai langkah-langkah oleh China di dalam penghijauan dan pengurangan karbon


NANJING, China, 21 Mei /Xinhua-AsiaNet/--

“Pembangunan rendah karbon ada berkaitan dengan masa hadapan manusia sejagat” telah menjadi satu kesepakatan global. Untuk mencapai matlamat puncak pelepasan karbon dan keneutralan karbon, tugas yang paling penting adalah untuk merealisasikan transformasi karbon rendah bagi sistem tenaga. Pada Mei 2021, State Grid Jiangsu Electric Power Company dan Agensi Berita Xinhua telah bersama-sama melancarkan satu operasi berita, dengan mengemudikan kereta siaran langsung dan kenderaan tenaga baharu di sepanjang garisan projek UHV Huainan-Nanjing-Shanghai, satu saluran penghantaran tenaga yang penting di China. Mereka telah melawat sistem kuasa baharu itu dengan tenaga baharu sebagai badan utama, untuk menceritakan kisah mengenai amalan pembangunan hijau dan rendah karbon di Delta Sungai Yangtze dan kewujudan bersama di antara manusia dan alam secara harmoni, demikian menurut State Grid Jiangsu Electric Power Company.

Di sepanjang perjalanan itu, berita aksi telah menunjukkan perubahan di dalam pengeluaran dan penggunaan tenaga. Di Huainan, Anhui, tindakan itu menafsirkan proses pembangunan UHV China dan mengungkap misteri untuk tonggak bagi kuasa besar; Di Jinhu, Huai'an, Jiangsu, model penjanaan kuasa fotovoltan baharu “Perikanan -- pelengkap solar” telah meningkatkan dengan ketara kadar penggunaan bagi sumber dan meningkatkan persekitaran ekologi tempatan dengan berkesan; di Rudong, Nantong, pelabuhan kuasa angin luar pesisir bertaraf dunia yang pertama di China, satu kumpulan raksasa lautan sedang bangkit di pesisir pantai, dengan menyediakan kuasa bersih bagi berjuta-juta keluarga dan perniagaan; di Chongming, Shanghai, sebuah pulau ekologi masa hadapan bertaraf dunia bagi keneutralan karbon, bas-bas hijau yang meliputi keseluruhan pulau itu, dan semua cabang bagi Ekspo Bunga China menggunakan penjanaan kuasa PV. Kuasa dan ekosistem kebudayaan di pulau itu menjadikan “pemandangan” hijau memantapkan rasa ekologi yang asli; pekan purba Tongli di Suzhou telah berubah menjadi model bagi pekan tenaga baharu, “bangunan dengan tenaga yang boleh diperbaharui”, “jalan-jalan dengan penyimpanan bateri” dan “pelengkap pelbagai tenaga angin-solar-bateri”, di mana purba dan masa hadapan bertemu secara magik.

Projek perintis serantau adalah satu langkah yang penting untuk mencapai puncak karbon dan keneutralan karbon di China. Walaupun terus berfungsi sebagai enjin bagi pertumbuhan ekonomi China, strategi penyepaduan serantau itu akan juga membawa kepada peralihan sifar karbon negara itu dan menjadi sebuah model bagi pembangunan hijau kebangsaan.
 
Sumber: State Grid Jiangsu Electric Power Company
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=391646
 
   Kapsyen: Mengesan perkembangan bagi sistem kuasa baharu di Delta Sungai Yangtze, terokai langkah-langkah oleh China di dalam penghijauan dan pengurangan karbon

No comments:

Post a Comment