Monday, May 10, 2021

BRANDSTARS MENGUMUMKAN JENAMA PERWAKILAN KOREA 2021

 SEOUL, Korea Selatan, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah memilih jenama-jenama perindustrian terbaik Korea pada Jenama Perwakilan Korea 2021.

Mengumumkan senarai bagi pemilihan yang berjaya melalui media utama di China dan negara-negara Asia yang lain setiap tahun, acara itu telah dianjurkan untuk tidak hanya menyediakan maklumat produk kepada pengguna di dalam dan luar negara bagi pilihan mereka yang rasional, tetapi juga meningkatkan nilai jenama korporat bagi syarikat-syarikat yang berkaitan.

Jenama-jenama Korea dikategorikan ke dalam perusahaan kecil, sederhana, dan besar dan, melalui penilaian media dan pengguna yang komprehensif diikuti dengan penilaian muktamad pakar, jenama-jenama perwakilan Korea diumumkan bagi setiap industri.

Mengikut industri, Samsung Electronics Samsung Galaxy (telefon pintar), Hyundai Motors Genesis (kereta), LG Electronics Whisen (penyaman udara), Shinsegae Department Store (beli-belah), SSG.COM (beli-belah dalam talian), SKT 5GX (5G), Bacchus (minuman tenaga), dan agabang (pakaian bayi) telah dipilih. Di dalam kategori hiburan, BTS (kumpulan K-pop) telah dipilih.

Dalam bidang K-kecantikan, Amorepacific illiyoon (dermatologi kosmetik), LG Household and Health Care The History of Whoo (kosmetik perubatan ketimuran), Olive Young (berbilang kedai kecantikan), dan Well-Being Health Pharm Goun-bal (penjagaan kaki) telah dipilih.

Jenama-jenama K-makanan terbaik yang dipilih adalah Paris Baguette (kedai membuat roti), bibigo (makanan sedia makan), Susu Perisa Pisang Binggrae (susu), Buldak-bokkeum-myeon (ramen pedas), Chapaghetti (ramen Chajang), MAMACOOK (kedai hidangan sampingan), dan Baunenajoogomtang (sup tulang daging lembu). 

LF HAZZYS (pakaian kasual) dan FILA (pakaian sukan) telah dipilih di dalam kategori K-fesyen; Pusat Perubatan ASAN (pemeriksaan kesihatan) dan CheongKwanJang (ginseng merah) telah dipilih di dalam kategori penjagaan kesihatan; Jeju (bandar raya pelancongan) dan Pasar Seoul Kwangjang (pelancongan masakan) telah dipilih sebagai jenama-jenama perwakilan pelancongan Korea.

Di antara syarikat-syarikat Jenama K, Pelitup Muka NEO Safe Guard KF94 (K-pelitup muka), New Wrap (perkakas dapur) dan Speedrack (perabot pasang sendiri) telah dipilih.

Secara khusus, Samsung Electronics, Hyundai Motors, LG Electronics, Shinsegae Department Store, Bacchus, agabang, BTS, LG Household and Health Care, Amorepacific, Olive Young, Paris Baguette, MAMACOOK, bibigo, Buldak-bokkeum-myeon, Baunenajoogomtang, CheongKwanJang, FILA, Well-Being Health Pharm, dan Jeju telah terbukti menjadi jenama-jenama yang terus-menerus diinginkan oleh pengguna, kerana berada di dalam senarai itu selama dua tahun berturut-turut.

Seorang anggota Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS berkata, “Walaupun berlakunya krisis COVID-19 yang berpanjangan, jenama-jenama Korea dengan kuasa teknologi terbaik dunia, kecekapan reka bentuk, dan keselamatan terus berkembang menjadi jenama-jenama global. Matlamat kami adalah untuk membantu di dalam pemilihan rasional pengguna dengan mengumumkan Jenama Perwakilan Korea 2021 melalui media di Korea, China, dan negara-negara Asia Tenggara.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14536

No comments:

Post a Comment