Monday, May 31, 2021

MEREALISASIKAN IMUNITI KELOMPOK MELALUI GERAKAN KOMUNITI

BACHOK, 31 Mei (Bernama) -- Pengisytiharan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun dikenali ‘total lockdown’ oleh kerajaan adalah keputusan tepat. 

Ia bukan sahaja dijangkakan boleh mengurangkan kadar kebolehjangkitan, menurunkan kes Covid-19, tetapi juga boleh menjadi usaha untuk merealisasikan imuniti kelompok secara sistematik melalui penyertaan komuniti. 

Apa itu imuniti kelompok? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), imuniti kelompok atau herd immunity adalah keadaan di mana agen jangkitan tidak dapat memasuki atau tersebar dalam kelompok disebabkan sebahagian besar daripada anggota masyarakat mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. 

Sudah pasti berkaitan dengan pandemik Covid-19, cara terbaik untuk mencapai imuniti kelompok adalah melalui kesedaran dan pelaksanaan vaksinasi.

Memandangkan tiada lagi pergerakan bebas dibenarkan sepanjang lockdown nanti, usaha untuk merealisasikan imuniti kelompok mungkin lebih mudah untuk dilaksanakan. Bagaimanakah caranya? Kita pernah didedahkan bahawa peratus rakyat yang tidak hadir dalam janji temu pemberian vaksin adalah tinggi. 

Mereka termasuklah dari kalangan warga emas dan kelompok tercicir yang lain. 

MEREALISASIKAN IMUNITI KELOMPOK MELALUI GERAKAN KOMUNITI

No comments:

Post a Comment